BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pisang boleh halang AIDS

roBUST

Legendary Member
gem
Messages
12,406
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
LONDON - Sekumpulan saintis Amerika Syarikat (AS) mendapati bahan kimia yang dinamakan BanLec dalam buah pisang didapati berkesan untuk merawat jangkitan HIV sama seperti dua jenis ubat anti-HIV semasa iaitu T-20 dan maraviroc, lapor sebuah akhbar semalam

BanLec merupakan sebahagian protein lektin yang banyak terdapat dalam tumbuhan, terutamanya buah pisang.

Berdasarkan penemuan itu, mereka percaya dapat menyelamatkan nyawa jutaan penghidap HIV dengan kos murah.

Penyelidik utama kumpulan berkenaan dari Universiti Michigan, Michael Swanson berkata, BanLec bertindak seperti guni yang membungkus virus HIV dan menghalangnya daripada merebak.

"Masalah sesetengah ubat anti- HIV adalah virus tersebut cepat bermutasi dan menjadi kebal, tetapi ia sukar berbuat demikian dengan kehadiran BanLec," katanya.

Swanson kini dalam proses menghasilkan kaedah mengubah suai BanLec supaya ia sesuai untuk manusia sama ada digunakan bersendirian atau melalui kombinasi dengan ubat anti-HIV yang lain. - Agensi
 
bertahun kaji pasal buah2an baru skrg dapat solution?
 
ni pisang yang buah tuh ker?atau pisang yang ada pada setiap lelaki ? :p
 
tu bukan merawat nmanya.. lebih kpd mencegah virus dpd merebak utk jangka ms yg xdiketahui. x dibagitau pun apa yg terjadi pada virus HIV yg telah 'dibungkus'. mati ke?, di'flush' melalui perkumuhan ke? @ lain-lain
 
bgus jgk tu ... tp klau nk mati xkira la sakit pa pn mati jgk ... penyakit tu hanya penyebab ja ....
 
Back
Top
Log in Register