ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Kawasan restoran makanan segera yang ditutup daripada dilalui pelanggan serta orang awam selepas cermin pintu utama dipecahkan.
PUCHONG - Tanpa diketahui motifnya, sebahagian pintu kaca sebuah restoran makanan segera di Taman Puchong Utama di sini dipecahkan, pagi semalam.
Kejadian disedari pekerja yang datang memulakan rutin operasi restoran itu jam 9.30 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, pekerja tersebut terkejut melihat pintu kira utama pecah dengan keadaan kaca bertaburan atas lantai.
Dia yang mengesyaki premis dipecah masuk terus membuat pemeriksaan dan mendapati wayar mesin kira dalam keadaan berserabut dan pejabat urusan restoran bersepah.
Pemeriksaan selanjutnya mendapati hanya serangkai kunci bilik gas didapati hilang.
"Tiada barang berharga yang hilang. Siasatan awal mendapati ia berunsur khianat," katanya.
Beliau berkata, polis berjaya mengesan tiga kesan cap ibu jari pada meja dan mesin kira.
Kes disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati restoran terletak di tingkat bawah bangunan tiga tingkat meneruskan operasi seperti biasa semalam.
Hanya kawasan cermin pecah ditutup daripada dilalui pelanggan dan orang awam.