BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pintu rahsia sorok GRO

Mr DoN

Active+ Member
Messages
4,218
Joined
Dec 17, 2008
Messages
4,218
Reaction score
105
Points
33
IPOH: Tindakan seorang pemilik sebuah pusat karaoke menyembunyikan pelayan pelanggan (GRO) warga asing dengan membina dua pintu rahsia terbongkar apabila dikesan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, awal pagi semalam.

Dalam satu serbuan khas bermula jam 10.30 malam kelmarin dan berakhir kira-kira jam 2 pagi semalam, polis menahan 21 wanita warga China, dipercayai bekerja sebagai GRO di pusat karaoke itu yang terletak di Jalan Leong Sin Nam, di sini.

Kewujudan pusat karaoke itu yang pada asalnya berkonsep premis hiburan keluarga dikatakan semakin terpesong apabila ia dipercayai menawarkan khidmat GRO warga asing yang menyediakan khidmat seks kepada pelanggan.

Jurucakap polis berkata, operasi dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat awam mengenai kegiatan pengusaha pusat hiburan terbabit yang menggunakan khidmat GRO warga asing tanpa permit.

Beliau berkata, pihaknya melakukan risikan dan intipan terlebih dulu sejak Khamis lalu sebelum memutuskan untuk menyerbu pusat karaoke terbabit.

Serbuan awal pada tingkat bawah premis tiga tingkat itu mendapati tiada wanita warga asing bekerja di dalamnya. Kami mengesyaki ada laluan rahsia digunakan pemilik premis terbabit untuk menyembunyikan GRO.

Selepas melakukan pemeriksaan hampir 45 minit, kami menemui dua laluan rahsia yang bersambung ke tingkat dua dan tiga bangunan itu, katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, polis terpaksa memecahkan dinding yang diperbuat daripada papan nipis dan simen untuk ke tingkat dua serta tiga.

Selepas melalui laluan rahsia itu kami menemui 10 GRO bersembunyi di tingkat dua, manakala 11 lagi di tingkat tiga. Siasatan mendapati semuanya wanita warga China dan mempunyai visa tamat tempoh selain memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Siasatan awal mendapati semua wanita terbabit berusia lingkungan 20 hingga 30an dipercayai mula bekerja di pusat hiburan berkenaan lebih tiga bulan lalu,katanya.

Menurutnya, pengusaha pusat hiburan itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, manakala 21 pelayan terbabit dihantar ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut selepas disoal siasat.
 
banteras jo GRO ni...menyusahkan.
 
kalau takde permintaan.... takkan ada penawaran.... mmg susah nak banteras... kena selalu alert mende2 camni... terutama pihak2 yg terlibat. Yang tahu... boleh le report.....
 
rase kes nie mkin betambah, bukan mkn bekurang
 
Back
Top
Log in Register