BTC USD 82,471.6 Gold USD 4,120.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pinjam along belajar PhD

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_gal1


Kuala Lumpur: “Pada mulanya, saya hanya pinjam RM5,000 daripada seorang along untuk membayar yuran pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD), tetapi apabila gagal membayarnya, along lain pula menghantar SMS dan menawarkan pinjaman.

“Kerana terdesak untuk menjelaskan hutang itu, saya meminjam daripada along kedua dan begitulah seterusnya sehingga saya berhutang dengan 11 along berjumlah lebih RM30,000 dan pernah cuba bunuh diri kerana terlalu tertekan,” kata mangsa buruan ceti haram yang hanya mahu dikenali sebagai Yati, 37.

Menurut Yati yang lumpuh separuh kaki akibat kemalangan jalan raya 13 tahun lalu, kehidupannya tidak pernah tenteram sejak menjadi ‘pelanggan’ along pada November lalu apabila kerap menerima ugutan bunuh, bakar dan disimbah asid jika lambat atau gagal membayar hutang mengikut masa ditetapkan.

“Saya pinjam RM5,000 untuk bayar yuran pengajian dan bercadang melangsaikannya selepas mendapat bayaran menyiapkan lima skrip drama televisyen bernilai RM30,000 yang dijangka diterima Disember lalu.


“Tetapi sebaliknya berlaku apabila ditipu syarikat produksi itu menyebabkan saya gagal membayar pinjaman along,” katanya ketika ditemui selepas membuat aduan di pejabat Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (LKPJM) di sini, semalam.




sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/PinjamalongbelajarPhD//Article
 
Tue dia, tak sangka along pun pandai passing passing nombor, tapi, akak tak dapat apa apa elaun or
pinjaman ke sampai cari along nak biayai PHD akak nie?

Luqmanul Hakim @ CariGold.com​
 
walaubagaimanaapacarasekalipun
along takkan dapat membantu kita pun
menyusahkan kita je
 
gali lubang tutup lubang je

senang pulak die dapat pinjam..ak penah try rumit gak..klo dapat dapatla 1000 je tp kena cagar laptop..hari ni dapat duit minggu depan bayar 1500 or laptop burn..otak diela..xmasuk akal betol..ak nak 10k bukan 1k
 
sendiri cari nahas...pinjam along ni umpama jerut tali kt leher je
 
mmg laa..gali lubang tutup lubang..x heran la hutang sampai mcm tu..dia igt pinjam ngan bank kot..belajar pandai PHD tp syg fikir x habis.
 
tak tahu ke ada baitulmal..atau ada kes lain ni tolong pinjam untuk BF..nak pergi baitulmal takut disiasat dah dapat bantuan kerajaan rm2.5k sebulan
 
kalau boleh elakkan dari meminjan kat along ni, bayar bunga aje tak leh tahan.
 
along nie...lagi pandai...
bapak segala PhD die ade...
jauhkan diri dari along...
 
tu diaa...takde akal...jenis manusia mcm ni kena masuk tadika 10 kali...amik UPSR 12 kali...baru akal dia leh sampai....

apa ke jadahnya pinjam Along...kalau amik PhD...senang2 leh apply biasiswa la....sebulan dekat RM2500....yuran siap dibayarkan
 
Back
Top
Log in Register