eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SINGAPURA 19 April - Presiden Singapura, S.R. Nathan membubarkan Parlimen hari ini dan pilihan raya umum negara ini diumumkan akan diadakan pada 7 Mei ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Perdana Menteri, keputusan itu dibuat Presiden selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri, Lee Hsien Loong (gambar) seterusnya menetapkan hari penamaan calon pada 27 April ini.
"Presiden atas nasihat Perdana Menteri secara rasminya membubarkan Parlimen hari ini," jelas kenyataan tersebut.
Menurut Perlembagaan Singapura, pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh tiga bulan selepas Parlimen dibubarkan.
Parti-parti politik juga perlu mengumumkan calon mereka dalam tempoh lima hari hingga sebulan selepas Parlimen dibubarkan sebelum mereka diberikan masa minimum sembilan hari untuk berkempen.
Tiga pilihan raya umum Singapura sebelum ini dilaksanakan dalam tempoh tiga minggu selepas Parlimen dibubarkan.
Pilihan raya umum terakhir Singapura diadakan pada Mei 2006 yang menyaksikan parti pimpinan Hsien Loong, Parti Tindakan Rakyat (PAP) memenangi 84 daripada 86 kerusi Parlimen.
Hsien Loong, anak lelaki kepada pengasas Singapura, Lee Kuan Yew sekali lagi akan mengetuai PAP dalam pertarungan politik sejak memegang jawatan tersebut pada Ogos 2004.
PAP yang memerintah negara ini sejak penjajahan Britain berakhir pada 1959, sekali lagi diramal akan meraih kemenangan besar pada pilihan raya umum akan datang.
Sebanyak 87 kerusi Parlimen dipertandingkan pada pilihan raya kali ini yang menyaksikan parti-parti pembangkang turut meletakkan calon berkelayakan dalam usaha merampas kerusi PAP. - AFP/ Reuters/AP