Chong Wei akan ke Olimpik 2016 - Khairy
KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memberi jaminan bahawa pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan terus mewakili negara hingga Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
Beliau berkata, Chong Wei masih menjadi pertaruhan terbaik negara untuk meraih pi*ngat emas di Rio dan sewaktu bertemu dengan pemain itu di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini, pemain itu telah menyatakan untuk terus mewakili negara.
"Dia masih harapan terbaik untuk Malaysia meraih emas di Rio. Saya ada berjumpa dengan Chong Wei baru-baru ini di Formula Satu (Grand Prix Malaysia), saya tanya apa lagi yang kementerian boleh buat untuk beliau.
"Saya juga ada bercakap secara hati ke hati dengannya...jadi dia kata yang dia akan terus bermain sampai Olimpik," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Forum Woman@Work sempena kejohanan tenis Terbuka Malaysia-BMW 2014 di Kelab Golf Diraja Selangor di sini semalam.
Menurut Khairy, pemain berasal dari Pulau Pinang itu turut meminta seorang fisioterapi yang dapat mengikutinya menyertai mana-mana pertandingan antarabangsa secara tetap.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Suk...i-akan-ke-Olimpik-2016---Khairy#ixzz2zEJXqenv
© Utusan Melayu (M) Bhd