BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Piala Thomas 2012 Macau

Kempunan le Lin Dan nak tapau Chong Wei... ahaks... pepun harap good luck je le kat player kita.....
 
saya yakin Hafiz Hashim mampu kalahkan Lin Dan. - Kenny Goh.
 
harap2 lin dan terseliuh plak bila lawan darren...ada can la malaysia...
 
Chong Wei sedih tak dapat bantu rakan pasukan


2012/05/23
WUHAN: Perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, sedih dan kecewa kerana tidak dapat membantu rakan-rakan sepasukan dalam kejonanan badminton Piala Thomas yang kini diadakan di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan di sini hingga Ahad.

Apatah lagi, katanya pasukan negara akan bertembung dengan pilihan pertama kejohanan China pada peringkat suku akhir malam ini. "Kaki saya sangat sakit. Saya ingat saya boleh terus bermain tapi doktor kata kecederaan serius. Saya sedih tak dapat bantu pasukan," katanya sambil menitiskan air mata. Beliau ditemui awal pagi ini di hotel kediaman skuad negara di sini sebelum bertolak ke lapangan terbang Wuhan untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Perseorangan nombor satu dunia itu mengalami kecederaan buku lali kanan ketika menentang Peter Hoeg Gade dari Denmark dalam perlawanan peringkat kumpulan kejohanan itu semalam.

Difahamkan tendon buku lali kanannya terkoyak sehingga menyebabkan beliau buat masa ini tidak dapat berdiri dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Beliau akan mendapatkan rawatan lanjut daripada Institut Sukan Negara (ISN) sebaik saja tiba di ibu negara kelak.
Ditanya mengenai keadaan kecederaannya beliau berkata:"Saya tidak pasti. Kena rujuk dengan Dr Ramlan (Pengarah ISN) dulu."

Chong Wei bagaimanapun masih bersikap positif tentang peluangnya untuk beraksi di Olimpik Julai ini.

"Saya kena lebih kuat. Secara mental saya perlu lebih kuat untuk Olimpik," katanya.

Terdahulu, Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh, yang turut hadir untuk menghantar Chong Wei pulang, memberitahu atlet itu supaya menumpukan fokus pada Olimpik dan tidak memikirkan lagi tentang kejohanan Piala Thomas yang sedang berlangsung.

Chong Wei yang pada awalnya kelihatan tenang, menjadi sebak dan mula menangis apabila mendengar kata-kata Mohd Nadzmi. - BERNAMA
 
saya yakin Hafiz Hashim mampu kalahkan Lin Dan. - Kenny Goh.

mcm mana plak hafiz lawan lindan? if lcwei tak main ikut rangking liew daren naik no 1,hafiz no 2 , chong wei feng no 3.
 
mungkinkah Lin dan tidak akan diturunkan lawan malaysia hari ni

siapa tahu... :-?

coz kem naga merah dah tahu mereka akan menang
 
jgn mimpi lah nak masuk final....dato chong wei jer mereka harap
 
Back
Top
Log in Register