BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Piala Malaysia 2010

Johor FC cari tiga mata keramat

TIGA mata yang dianggap begitu keramat ditagih Johor FC apabila berdepan tugas getir melayani kunjungan Tentera dalam saingan Kumpulan C, Piala Malaysia di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam ini.

Kemenangan amat dicari buat skuad yang bergelar Lebah tatkala aksi itu adalah terakhir buat anak didik Azuan Zain beraksi di laman sendiri selain menjadi penentu sama ada mampu untuk melangkah ke suku akhir.

Saingan Kumpulan C nyata masih terbuka buat Johor FC, Kedah, Tentera dan Perak ketika masing-masing berada dalam keadaan getir untuk memburu dua slot ke pusingan seterusnya selepas perbezaan pungutan mata tidak jauh berbeza.

Apapun, Azuan perlu mencongak strategi ampuh untuk menidakkan penguasaan Tentera dari melenyapkan impian skuad Lebah melakar kemenangan ketika barisan pemain kelab dari selatan tanah air itu tampak tempang tanpa Khairi Kiman di posisi pertahanan kiri.

“Saya juga kehilangan Mohd Riduan Maon, Mat Saiful Mohamad dan Mohd Ezaidy Khadar mengalami kecederaan sekali gus memaksa rombakan perlu dilakukan.

“Tiada Khairi (Kiman) menjejaskan lagi perancangan saya namun saya tidak mahu terlalu panik sebaliknya sudah ada pengganti yang mampu menggalas tugas menghadapi Tentera yang dijangka akan melalukan kebangkitan selepas tewas 1-0 kepada Perak,” katanya.

Bagi mengimbangi kekuatan lawan walaupun Tentera beraksi dalam saingan Liga Perdana, Azuan tidak mahu memandang rendah keupayaan pasukan itu sebaliknya berazam untuk memburu kemenangan pada aksi terakhir di laman sendiri.

Beliau menambah pemain muda yang akan diturunkan bagi mengganti pemain yang mengalami kecederaan sudah bersedia berdepan tugas rumit sambil di sokong dengan kehadiran pemain senior untuk melakar kemenangan.

“Tentera memiliki pemain yang dianggap berbahaya dan pengalaman ketika menentang pasukan itu pada saingan pusingan pertama yang menyaksikan Johor FC seri 1-1 memberi pengajaran buat saya untuk berhati-hati pada perlawanan malam esok (malam ini),” kata Azuan.

myMetro
 
xnk follow liga mesia dh
perak cm hampeh dh
 
Malam ni pegi stadium J-corp Pasir Gudang...

Johor Fc lwn ATM...

Mesti menang game utk layak ke suku akhir...
 
Astro Arena malam ni
Sabah Vs Ganu
 
Keputusan Terkini Piala Malaysia 2010 6 Oktober 2010 (Rabu)

Kumpulan A

KL Plus 0 - 0 N.Sembilan
Kelantan 0 - 0 PKNS FC


Kumpulan B

Kuala Lumpur 0 - 0 Pahang
Terengganu 0 - 0 Sabah


Kumpulan C

Perak 0 - 0 Kedah
Johor FC 0 - 0 ATM


Kumpulan D

Perlis 2 - 0 T-Team
Selangor 1 - 0 Felda United
 
Back
Top
Log in Register