BTC USD 63,733.0 Gold USD 4,326.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Piala Malaysia 2010

arapnya Pahang leh lepas ler ke suku akhir... huhuhu...
 
masih ada peluang andai mng suma 2 game :)paid

hak 2 bkn ganu ke? hehe.. kalu Ganu seri sok, kami perlu menang skali jer lg... ekeke...
 
NS tak pandang rendah KL Plus

NEGERI Sembilan tidak memandang rendah keupayaan KL Plus sekalipun pasukan itu berada pada kedudukan terbawah Kumpulan A sebaliknya akan memastikan pemain skuad berkenaan meningkatkan lagi persembahan untuk memastikan hasrat meraih tiga mata tidak tercicir ketika turun di Stadium MBPJ, malam ini.
Jurulatih Wan Jamak Wan Hassan, berkata pemain harus menggandakan lagi usaha kerana KL Plus mampu memberi ancaman dalam usaha pasukan itu layak ke suku akhir Piala Malaysia.

“Saya amat mengharapkan kutipan mata penuh daripada perlawanan malam esok (ini) selepas impian itu tersasar ketika bertemu Kelantan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Ahad lalu dan saya mengingatkan mereka bahawa sebarang kemungkinan boleh berlaku jika pemain leka.

“Jadi saya amat berharap mereka tidak mengulangi kesilapan sepertimana ketika menentang Kelantan tempohari, sebaliknya terus memberikan fokus dengan memberikan persembahan cemerlang, demi memastikan tiga mata dapat diraih untuk melayakkan pasukan ke suku akhir,” katanya semalam.

Pengendali berpengalaman itu bagaimanapun mengakui kekuatan jentera Negeri Sembilan sedikit terjejas selepas beberapa pemain antaranya Idris Karim dan S Kunalan yang mengalami kecederaan, namun yakin kepada pemain gantian yang akan mengalas tanggungjawab itu.

myMetro
 
Back
Top
Log in Register