BTC USD 62,082.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Piala Malaysia 2010

klu yg masuk final kelantan mmg konpem penuh
tp mcm mana klu yg masuk felda united @ KL plus:-?

Kena tukar stadium..game wat kt felda jengka ker..
Confirm abis warga felda turun tgk..:D
 
Kena tukar stadium..game wat kt felda jengka ker..
Confirm abis warga felda turun tgk..:D

dah lama xpergi jengka
jengka dah maju rupanya (ada stadium sendiri)

*yg wak tau KL plus ada la mini stadium kat tepi highway di subang
 
:-?:-?Hehe..Piala Malaysia yg memang bez...
Pasukan manakah yg bakal membawa pulang...
 
Felda United mahu jaga reputasi

BIARPUN peluang Felda United untuk mara ke suku akhir Piala Malaysia sudah hampir tertutup, mereka masih membara untuk memburu kemenangan dalam kesemua baki tiga perlawanan dalam Kumpulan D.

Felda United kini menduduki tangga tercorot kumpulan dengan tanpa sebarang mata setelah tewas kepada Perlis (2-3), Selangor (1-4) dan T-Team (1-2).

Pengurus pasukan, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab berkata, Felda United belum berputus asa selagi masih berpeluang selain mahu menjaga imej mereka yang merupakan juara Liga Perdana musim ini.

“Saya punya moto ialah tiada apa yang mustahil. Lagipun sepanjang tiga perlawanan yang telah berlalu, kita sebenarnya mampu bersaing dengan pasukan lawan dan boleh menang jika memanfaatkan peluang terhidang.

“Jadi kita memerlukan kemenangan dalam tiga perlawanan pusingan kedua nanti untuk menjaga imej Felda United,” katanya ketika ditemui pada majlis jamuan Aidilfitri di Restoran Felda Villa, Kuala Lumpur malam kelmarin.

Ditanya pula tentang persiapan awal Felda United untuk menghadapi musim sulung dalam saingan Liga Super 2011, Dzulkifli berkata, beberapa posisi kritikal akan diperbaiki bagi memastikan mereka memiliki kekuatan seimbang.

“Kita mengekalkan barisan kejurulatihan dan pengurusan yang sama. Cuma dari segi pemain, beberapa bahagian perlu diperbaiki.

“Jika kita lihat ketika ini, apabila kita menukar masuk pemain simpanan, graf permainan kita menurun. Jadi kita perlu mencari pemain yang seimbang di setiap posisi,” jelasnya.

Menjelang baki tiga perlawanan bertemu Perlis di Cheras pada 3 Oktober, Selangor di Shah Alam (6 Oktober) dan T-Team di Kuala Terengganu (9 Oktober), skuad bimbingan E. Elavarasan itu bakal menurunkan semula kapten, Nazrulerwan Makmor yang terlepas tiga aksi awal akibat kecederaan.

KOSMO Online
 
Tentera sasar perkemas keseluruhan jentera pasukan

PAKAR seri, Tentera menggunakan masa rehat menjelang perlawanan pusingan kedua bola sepak Piala Malaysia 3 Oktober ini dengan mengemaskan keseluruhan jentera pasukan selepas kedudukan dalam Kumpulan C belum mampu menjamin langkahan ke suku akhir.

Dengan tiga keputusan seri bertemu Perak, Johor FC dan Kedah, situasi itu meletakkan pasukan dalam kedudukan kurang selesa di tangga ketiga dan hanya kemenangan dapat mencerahkan kemaraan.

Kita mengenalpasti segala kelemahan dan seluruh jentera pasukan akan digilap bagi memastikan matlamat musim ini menjadi kenyataan, kata jurulatih Zulhamizan Zakaria.
Antara kelemahan ketara ialah pemain banyak memberi ruang kepada lawan ketika melakukan serangan terhadap kubu lawan, selain ketiadaan dua tonggak iaitu penyerang V Saravanan dan pertahanan, Fauzan Zulkifli yang mencacatkan perancangan.

Saravanan muncul penjaring terbanyak pasukan dalam Liga Perdana tetapi tidak beraksi dalam tiga perlawanan lalu kerana hamstring manakala Fauzan disyaki dijangkiti demam denggi.

Keadaan mereka mulai pulih dan disahkan boleh bermain dalam perlawanan akan datang, kata Zulhamizan yang berharap dapat membenam Perak apabila saingan disambung, 3 Oktober ini.

Berita Harian Online
 
Yunus persoal pemilihan pengadil

KETUA Jurulatih Perlis, Yunus Alif tidak menyenangi pemilihan pengadil dari Terengganu mengendalikan perlawanan Kumpulan D saingan Piala Malaysia antara Perlis dan Selangor di Stadium Shah Alam, Isnin lalu.
Bagi Yunus, selain Perlis terdapat sebuah pasukan negeri pantai Timur itu iaitu T-Team beraksi dalam kumpulan itu.

Justeru, katanya, bagi mengelak tanggapan negatif atau mempersoalkan tahap mutu pengadilan, pengadil sewajarnya dilantik dari negeri lain atau yang berkecuali.

Selain Perlis dan T-Team, dua lagi pasukan bersaing dalam Kumpulan D ialah juara Liga Super, Selangor dan juara Liga Perdana, Felda United.

“Oleh kerana perlawanan Kumpulan D turut membabitkan pasukan dari Terengganu, T-Team, pengadil yang ditugaskan sepatutnya tidak mempunyai kaitan atau hubungan dengan mana-mana pihak.

“Kami bimbang perlantikan pengadil dari negeri sama boleh mencetuskan tanggapan negatif masyarakat atau peminat bola sepak tempatan.

“Bagi mengelakkan wujudnya masalah, pemilihan pengadil mengendalikan perlawanan Liga Malaysia dan Piala Malaysia sewajarnya diberi perhatian,” katanya Sehubungan itu, katanya, surat bantahan berhubung perkara itu akan dihantar kepada jawatankuasa pengadilan badan induk bola sepak negara dalam tempoh terdekat.

“Kami menyerahkan perkara ini kepada Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) menguruskannya.” Mengulas lanjut, Yunus berkata, keputusan mengemukakan surat bantahan itu tiada kena mengena dengan kekalahan Perlis kepada Selangor.

myMetro
 
Back
Top
Log in Register