vedder9
Legendary Member

- Messages
- 15,352
Paid Membership
- Joined
- Sep 25, 2006
- Messages
- 15,352
- Reaction score
- 124
- Points
- 123
Nizar nak bawa Piala Malaysia ke Kangar
Oleh Kamudin Baharom
[email protected]
SELEPAS membantu Perlis muncul naib juara Liga Super serta menjadi penerima Pemenang Kasut Emas, penyerang utamanya, Mohd Nizaruddin Yusoff kini semakin bersemangat membantu majikannya itu menjulang Piala Malaysia.
Malah pemain berusia 30 tahun kelahiran Kuala Lumpur itu, bertekad memberikan segala kudrat untuk memastikan impian membantu pasukan menjulang piala itu, menjadi kenyataan.
"Saya secara peribadi menyimpan keazaman mahu memastikan pasukan tidak terus kempunan untuk sekurang-kurangnya memiliki satu piala musim ini dan Piala Malaysia adalah satu-satunya gelaran yang tinggal," katanya.
Bekas penyerang kebangsaan itu yang pernah beraksi untuk beberapa pasukan pada kempen Liga Malaysia adalah antara tonggak kepada kejayaan skuad Singa Utara bimbingan Irfan Bakti Abu Salim pada musim ini.
Pada kempen Liga Super yang baru berakhir, Nizaruddin muncul sebagai penjaring terbanyak dengan meledakkan 18 gol selain mencipta enam gol pada kempen Piala FA lalu.
Sementara itu, Nizaruddin berkata, langkah pengurusan mendapatkan penyerang muda kelab Proton FC, Raja Mohd Hafillah Raja Mamat, mampu membantu meningkat dan memantapkan keupayaan pasukan khususnya di posisi penggempur pada kempen Piala Malaysia bermula September ini.
"Saya percaya, posisi serangan pasukan akan lebih berkeupayaan dengan kehadiran Raja Mohd Hafillah selain pemain sedia ada, Ahmad Fakri Sharaani dan Mohd Firdaus Mohd Faudzi," katanya.
Mengenai lawatan ke Palembang sambil mengadakan perlawanan dengan juara Liga Utama Indonesia 2008, kelab Sri Vijaya Palembang yang juga juara Piala FA 2009 republik itu, pada 18 Ogos ini, Nizaruddin berkata, ia bakal memberi pendedahan berguna kepada pasukan terutama pemain muda.
"Saya percaya ia adalah pentas terbaik kepada pasukan untuk mengutip pengalaman sebagai persiapan menjelang kempen Piala Malaysia," katanya
Reply With Quote