BTC USD 80,516.0 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Piala Java Cup 2012

Full Time Friendly

Malaysia Pilihan |6-0| Indonesia U22

Hazwan Bakri 11'
M.Kubala Penatil 15'
Azrif Nasrulhaq 31
Amri Yahya 34'
Amri Yahya 45'+
Shukor Adan 60'

yeah,kne lauk indonesia..haha
nie team indonesia u22 nie..xhebat..
 
Full Time Friendly

Malaysia Pilihan |6-0| Indonesia U22

Hazwan Bakri 11'
M.Kubala Penatil 15'
Azrif Nasrulhaq 31
Amri Yahya 34'
Amri Yahya 45'+
Shukor Adan 60'

perh kena lauk mcm 2 je puook2 indon...:eek::eek::eek::eek:..
 
hahah...pastu esok kelua paper indon

"Kita harus jinak kan harimau dahulu baru panggil-in everton ke mari"
 
575980_251123851657809_1004102621_n.jpg
 
Malaysia senior - gabungan pemain terbaik dari msl dan mpl - next station friendly in slovakia,hungary dan turki

malaysia u23 - mempertajamkan skill dan persefahaman di liga singapura..harimau muda a

malaysia u19 - memperkuatkan cabaran dan membina reputasi di mpl...

Malaysia u17 - berada dalam latihan dan pengawasan di sekolah sukan bukit jalil...friendly at australia and others europe for the next station,maybe join slovakia league next year ( 2013 )

malaysia u15 - bermain untuk piala nike dan friendly bersama kelab luar negara..markas di sekolah sukan seluruh negara.

Malaysia u12- naib juara piala yamaha,bermain perlwanan persahabatan di australia sebagai persedian mental dan fizikal.

Malaysia u10- baru sahaja menamatkan 5 perlawanan persahabatan di zagreb croatia-- menang 4 perlawanan dan kalah 1 perlawanan..juara keseluruhan zagreb open u12...

Lihat pembangunan bola sepak kita dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat senior..

Pendapat anda??
 
Digelar Tanpa Penonton, Malaysia XI Permalukan Timnas Indonesia 6-0 ||

Tim Indonesia U-22 harus menelan pil pahit saat bertemu Malaysia XI di Stadion Utama Gelora Bung Karno (SUGBK), Senayan, Jumat, 22 Juli 2012. Dalam uji coba yang digelar tanpa penonton ini, Indonesia dipaksa menyerah oleh Negeri Jiran dengan skor telak 0-6.

Di babak pertama, Tim Merah Putih sudah harus tertinggal 0-5. Gol-gol Malaysia dicetak oleh Ahmad Hazwan (12'), penalti Michal Kubala (16'), Azrif Nasrulhaq (32') dan dua gol dari Amri Yahyah ( 35', 45').

Ahmad Hazwan membuka pesta gol Malaysia menit 15. Setelah itu Michal Kubala mencetak gol lewat titik penalti setelah Christie Jayaseelan dilanggar di kotak penalti.

Penderitaan Indonesia bertambah setelah Azrif Nasrulhaq menambah keunggulan Malaysia setelah memanfaatkan umpan silang. Belum cukup sampai di situ, dua gol Amri Yahyah menit 35 dan saat injury time semakin mempertegas keunggulan Harimau Malaya.

Babak kedua bergulir, Indonesia coba mengurung pertahanan Malaysia. Namun peluang demi peluang yang diciptakan Tim Merah Putih gagal menembus gawang Malaysia. Bahkan pesta gol Malaysia terus berlanjut setelah Shukor Adan sukses menjebol gawang Aji Saka pada menit 60.

Sampai akhir pertandingan tak ada gol tambahan tercipta. Skor 6-0 untuk keunggulan Malaysia bertahan hingga pertandingan berakhir. Pertandingan ini digelar setelah Java Cup 2012 tidak dapat digelar akibat mundurnya dua tim Eropa, yakni Galatsaray dan Everton. Malaysia XI merupakan salah satu tim yang akan bertanding pada turnamen ini. Tim ini terdiri dari pemain U-22 plus dua pemain asing.

Susunan Pemain
Indonesia U-22: Aji Saka, Safrudin Kahar, Agus Nova, Fastabiqul Khoirot, Nurmufid, Danny Saputra, Syahroni, Rasyid, Kurniawan, Rahmad Hidayat (Syaiful Indra 24'), Ridwan Awaludin, Agung Suprianto

Malaysia XI: Ramez, Shukor Adan (Syazwan Tajudin 67), Shahrul Izham, Amri Yahyah (Syahrul Azwari 53), Fandi, Hazwan, Hisyamuddin (Nazirul Naim 60), Shahrul Nizam (Saarvindran 53), Azrif Nasrulhaq, Christie Jayaseelan, Michal Kubala (Irfan Fazail 53)
 
Sabtu 28 Julai 2012

Malaysia XI benam Indonesia B22 6-0
Pasukan pilihan Malaysia telah menewaskan Indonesia Bawah-22 6-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Gelora Bung Karno malam ini.
Perlawanan persahabatan antara Malaysia XI dengan Indonesia B22 ini telah diaturkan selepas Piala Java yang pada awalnya patut disertai oleh Galatasaray, Everton, Malaysia dan Indonesia B22 telah ditunda ke bulan Ogos.
Pasukan Malaysia XI yang merangkumi pemain Harimau Muda serta lapan pemain senior Liga Malaysia termasuk dua pemain import telah membuat persiapan untuk Piala Java sejak Isnin lepas namun tidak berpeluang untuk bertemu Galatasaray seperti yang dijadualkan.
Malam ini, dalam perlawanan persahabatan tertutup di antara Malaysia XI dengan Indonesia B22, Malaysia XI telah menumpaskan Garuda muda 6-0 di Stadium Gelora Bung Karno.
Jurulatih, Ong Kim Swee telah menurunkan kesemua pemain senior beserta tiga pemain Harimau Muda pada separuh masa pertama dimana ternyata kelebihan terletak di pihak Malaysia.
Pada minit ke-11, Ahmad Hazwan Bakri telah menyumbat masuk gol pertama Malaysia hasil hantaran oleh kapten pasukan Selangor, Amri Yahyah.
Kemudian pada minit ke-15 Michal Kubala pemain import Perak telah menjaringkan sepakan penalti dan meletakkan Malaysia XI 2-0 di hadapan selepas pemain ATM, Christie Jayaseelan dikasari dalam kotak penalti.
Indonesia gagal untuk melakukan sebarang serangan dan hanya bertahan pada sepanjang separuh masa pertama.
Pemain PKNS, Azrif Nasrulhaq kemudian menjaringkan gol ketiga perlawanan pada minit ke-31 hasil hantaran oleh Amri.
Amri Yahyah kemudian menjaringkan gol keempat dan kelima untuk Malaysia XI 10 minit sebelum separuh masa pertama tamat.
Pada separuh masa kedua, Ong Kim Swee telah menggantikan kesemua pemain senior dengan pemain Harimau Muda selepas Shukor Adan selaku kapten pasukan, menjaringkan gol keenam pada minit ke-60.
Perlawanan yang lebih seimbang dapat dilihat hampir seluruh masa kedua apabila tiada lagi pemain senior yang beraksi dalam pasukan Malaysia XI.
Indonesia berjaya melakukan beberapa percubaan melalui bintangnya, Andik Vermansyah tetapi berjaya dipertahankan penjaga gol kedua Harimau Muda, Shahril.
 
Back
Top
Log in Register