Malaysian Football League (MFL) telah mengemaskini jadual perlawanan Piala FA bagi perlawanan Kuala Lumpur City FC lwn Kuching City FC yang dijadualkan pada 13 Jun 2024, jam 9 malam kepada 14 Jun 2024, jam 6:30 petang. Kemaskini ini adalah disebabkan tujuh pemain Kuala Lumpur City FC (termasuk pemain asing) dan satu pemain Kuching City FC yang dipanggil oleh Pasukan Kebangsaan dan atas persetujuan bersama.
Selain itu, MFL juga telah mengumumkan pertukaran waktu sepak mula bagi perlawananan Kedah Darul Aman FC lwn Bukit Tambun FC kepada 6:30 petang dan perlawanan Sabah FC lwn Kuala Lumpur Rovers FC kepada 8:15 malam.
Yusry akui lawan mereka bukan calang-calang pasukan kerana skuad kendalian Tomislav Steinbruckner itu telah mencipta enam jaringan selain hanya bolos sekali dalam tiga aksi Liga Super.
ASPEK kecergasan menjadi nadi penting kepada Perak FC bagi mengimbangi kekuatan Terengganu FC (TFC) menjelang pertembungan kedua-dua pasukan pada pusingan pertama Piala FA di...