BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Piala Emas Raja-Raja 2016

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
Piala Emas Raja-Raja telah mula dipertandingkan pada tahun 1926 hingga 1946 yang pada awalnya dikendalikan oleh Persatuan Agri-Hortikultural Malaya (MAHA). Piala Emas Raja-Raja ini telah dihadiahkan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Al-Marhum Sultan Alang Iskandar Shah Kudusullah, Kebawah Duli Yang maha Mulia Sultan Selangor, Al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah Atikullah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Marhum Sultan Abdullah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad.

Mulai tahun 1947, kejohanan Piala Emas Raja-Raja ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung. Kini, nama Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung telah ditukar kepada nama baru iaitu Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia.
 
14102173_1498399370186005_3371586292622016634_n.png

Pertandingan Piala Emas Raja Raja 2016 edisi ke -76 bakal kembali Oktober ini. Berikut adalah pasukan dan venue perlawanan setiap kumpulan:

Kump A: Stdm Temerloh
kump B: Stdm Kuala Kubu Baru Selangor
Kump C: Stdm Mini TUDM Subang
Kump D: Stdm Sultan Muhammad IV Kelantan

Piala Agong: NS vs Perak di Stadium Paroi. 23 Oktober ini
 
Kedah buru Piala Emas Raja-Raja

perr3x.transformed.jpg

ALOR SETAR: Syafizan Hashim atau lebih dikenali sebagai 'Pelam' dan Ahmad Fauzi Saari dilantik mengetuai skuad Piala Emas Raja Raja (PERR) Kedah bagi mengharungi cabaran kejohanan berkenaan yang bermula esok

Selepas skuad Kedah FA menjuarai Piala Malaysia 2016 ahad lalu, kini giliran Pasukan (PERR) Kedah pula tampil memburu kejayaan dengan penampilan gabungan pemain berpengalaman dan pemain muda

Kedah diundi dalam kumpulan C bersama Wilayah Persekutuan, Terengganu dan ATM bakal memulakan saingan di dua lokasi iaitu iaitu di Kem Batu Kentomen, Jalan Ipoh dan di Stadium Mindef, Kuala Lumpur

Singapura, PDRM, Pulau Pinang dan Pahang dalam diletak dalam kumpulan A manakala asukan Penjara Malaysia, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan berada dalam kumpulan B

Pasukan Perlis, Johor, Melaka dan Kelantan pula masing masing menghuni kumpulan D

Mengulas mengenai peluang Kedah, Pemangku Jurulatih Kedah, Zulkifli Mahmud, mengakui saingan kumpulan C agak terbuka dan optimis Kedah mampu melepasi ke peringkat suku akhir

"Kita akan memulakan perlawanan pertama petang esok bertemu pasukan Wilayah Persekutuan di Kem Batu Kentomen dan diharap peminat Kedah dapat hadir memberi sokongan di sana."

"Tahun lalu, kita tewas pada peringkat awal dalam saingan dan dan pada kali ini dengan kekuatan pasukan serba lengkap, saya yakin kita mampu melepasi ke suku akhir," katanya

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/209014
 
Pahang mara ke separuh akhir Piala Emas Raja-Raja

piaemas.transformed.jpg

TAMPIN: Pahang menjadi pasukan pertama mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas menang ke atas Negeri Sembilan 2-0 dalam saingan suku akhir kedua Piala Emas Raja-Raja 2016, di Stadium Mini Tampin, hari ini

Walaupun turun dengan ketinggalan 2-3 susulan kekalahan pada suku akhir pertama di gelanggang sendiri di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Sabtu lalu, barisan Pahang tampil dengan aksi lebih mantap untuk mencatat kemenangan dengan agregat 4-3

Negeri Sembilan yang turun selaku juara bertahan dan berbekalkan kelebihan jaringan di tempat lawan nyata gagal memberikan saingan terbaik apabila menerima asakan bertali arus pelawat sejak seawal permainan

Namun, kekentalan barisan pertahanan tuan rumah memberikan sedikit kelegaan selepas berjaya menidakkan beberapa percubaan berbahaya pemain Pahang terutama menerusi Mohd Fauzi Roslan

Pahang yang berhajat untuk bangkit menyusun beberapa gerakan menarik ke kubu Negeri Sembilan hingga memaksa pertahanan tuan rumah terutama penjaga gol, Zainurin Abd Kadir bekerja keras menyelamatkan gawang

Sepanjang perlawanan, lebih lima percubaan tepat dilakukan penyerang Pahang terutama menerusi Fauzi, Muhamad Firdaus Razak dan Mohd Zaidi Jamaluddin

Begitu pun, Negeri Sembilan yang dibimbing Abdul Halim Sulaiman, sesekali melakukan percubaan ke gawang Pahang dan percubaan terbaik mereka adalah pada minit ke 25 menerusi Mohd Radzi Pilus tetapi melepasi palang

Penyerang harapan tuan rumah, Mohd Firdaus Azizul juga terlepas peluang mencacatkan nama sebagai penjaring apabila gagal menyepak kemas dalam kotak penalti pada minit ke-40

Usaha kedua-dua pasukan mendapatkan gol menemui jalan buntu sehingga tamat saingan separuh masa pertama

Sebaik aksi kedua bersambung, Abdul Halim memasukkan Norfaizal Farouk, yang menjaringkan gol ketika di Kuantan untuk mempertajamkan jentera serangan, namun gagal memberikan impak positif dalam usaha mencari gol

Sebaliknya, tuan rumah dikejutkan dengan jaringan pemain gantian Pahang, Nabilah Khan Razali pada minit ke-60 menerusi tandukan kemas susulan suasana kelam kabut dalam kotak penalti untuk meletakkan pelawat di depan

Nabilah sekali lagi mengecewakan Negeri Sembilan apabila menolak masuk bola hantaran lintang untuk gol kedua Pahang pada minit ke-80

Negeri Sembilan berusaha mencari gol untuk merapatkan jurang, namun usaha mereka tidak berhasil biarpun mempunyai beberapa peluang terutama menerusi Mohd Firdaus pada minit terakhir perlawanan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/214339
 
Back
Top
Log in Register