BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT World Cup Piala Dunia 2026 - World Cup 2026

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
FIFA Haramkan 3 Negara Sertai Piala Dunia 2026

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan mereka mengharamkan tiga negara untuk beraksi dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026 atas beberapa faktor. Negara pertama yang digantung ialah Russia dimana mereka kekal digantung dari menyertai semua kejohanan antarabangsa termasuk Piala Dunia dan Kejohanan Eropah selepas pencerobohan negara itu ke atas Ukraine pada 2022 lalu. Hukuman ini turut berlaku ke atas kelab Russia dimana kelab dari negara itu tidak dibenarkan beraksi dalam manamana kejohanan yang dikelola oleh FIFA ataupun UEFA.​

1739958482324.png

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini, FIFA turut menggantung Persatuan Bola Sepak Congo (FECOFOOT) dan Persekutuan Bola Sepak Pakistan (PFF) yang berkuat kuasa serta-merta sekaligus kedua-duanya tidak dibenarkan menyertai kempen kelayakan Piala Dunia 2026. “FECOFOOT digantung serta-merta kerana campur tangan serius pihak ketiga dalam urusan organisasi yang melanggar Statut FIFA,” jelas FIFA dalam satu kenyataan. Penggantungan akan ditarik balik akan tertakluk kepada syarat berikut;​
  1. Mengembalikan kawalan penuh ibu pejabat FECOFOOT, Pusat Teknikal Ignié dan kemudahan persatuan yang lain kepada FECOFOOT;
  2. Berhenti daripada sebarang usaha untuk menukar penandatangan akaun bank FECOFOOT dan/atau memberikan kawalan penuh kembali kepada penandatangan yang diiktiraf oleh FIFA dan CAF;
  3. Mengisytiharkan tidak sah atau mengetepikan sebarang keputusan, sah atau sebaliknya, memberi kuasa kepada jawatankuasa ad hoc untuk melaksanakan sebarang kawalan atau mempunyai sebarang kuasa ke atas FECOFOOT;
  4. Memastikan kerjasama penuh untuk membolehkan FECOFOOT menguruskan hal ehwalnya tanpa pengaruh yang tidak wajar daripada pihak ketiga.
Sementara itu, PFF digantung kerana gagal mematuhi syarat untuk melaksanakan perlembagaan baharu yang bertujuan memastikan proses pemilihan lebih adil dan demokratik. Penggantungan hanya akan ditarik balik tertakluk kepada kelulusan Kongres PFF versi Perlembagaan PFF yang dibentangkan oleh AFC dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026, Congo kini menghuni tangga tercorot Kumpulan E dalam pusingan kelayakan CAF, manakala Pakistan berada di kedudukan terakhir Kumpulan G di pusingan kelayakan AFC.​
 
Last edited:
Indonesia Tempuh Laluan Sukar Ke Piala Dunia

17.07.2025 - Pasukan Indonesia kendalian Patrick Kluivert menerima undian sukar pada pusingan akhir kelayakan Piala Dunia ketika mereka berusaha untuk layak ke pusingan akhir buat kali pertama sejak 1938. Dilatih oleh bekas bintang Barcelona dan legenda bola sepak Belanda, Kluivert, Indonesia akan menentang tuan rumah, Arab Saudi dan Iraq dalam Kumpulan B bagi pusingan keempat kelayakan Asia untuk Piala Dunia 2026. Qatar akan menjadi tuan rumah bagi Kumpulan A dan akan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Oman selepas undian enam pasukan berlangsung di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Kuala Lumpur.

Perlawanan bagi kedua-dua kumpulan akan berlangsung secara format liga sepusingan pada bulan Oktober di Arab Saudi dan Qatar. Dua juara kumpulan akan menyertai enam negara Asia yang sudah pun melayakkan diri ke Piala Dunia tahun depan di Mexico, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Dua pasukan di tempat kedua akan bertemu pada bulan November, di mana pemenang perlawanan timbal balik itu akan layak ke perlawanan playoff antara benua bagi merebut satu tempat terakhir dalam Piala Dunia membabitkan 48 pasukan itu.

Indonesia sudah memulakan usaha merekrut pemain kelahiran Belanda serta kakitangan kejurulatihan untuk mengukuhkan peluang mereka layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak menjadi negara merdeka. Jordi Cruyff, anak kepada legenda bola sepak Belanda, Johan Cruyff, dilantik sebagai penasihat teknikal kepada Persatuan Bola Sepak Indonesia pada Februari lalu untuk bekerjasama dengan Kluivert.

Kali terakhir Indonesia layak ke Piala Dunia adalah ketika masih di bawah penjajahan Belanda dan mereka tewas 0-6 kepada Hungary dalam satu-satunya perlawanan mereka di kejohanan itu yang berlangsung di Perancis. Mereka bakal berdepan cabaran sukar menentang gergasi Asia Barat, Arab Saudi, yang mempunyai kelebihan beraksi di tempat sendiri dan dijangka menjadi pilihan utama untuk mendahului Kumpulan B.
1752771224433.png
 
kelayakan piala dunia turki lauk kena dgn spain 6-0 tmpt sendiri
KosRZlV.jpg
 
Senarai Antara Nama Besar Yang Gagal Ke Piala Dunia 2026
1763555732848.png

Piala Dunia 2026 akan berlangsung kira-kira tujuh bulan dari sekarang dengan 42 negara sudah pun mengesahkan tempat untuk beraksi di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada itu. Empat pasukan daripada play-off UEFA dan dua pemenang dalam FIFA Play-Off Tournament akan melengkapkan senarai penuh tersebut pada Mac tahun hadapan. Pemain-pemain bintang seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Harry Kane, Lamine Yamal, Ousmane Dembele, Vinicius Junior dan Kylian Mbappe bakal memeriahkan kejohanan tersebut sekiranya tidak mengalami kecederaan serius. Namun, terdapat perjuangan pemain bintang yang berakhir dengan kekecewaan susulan kegagalan mereka untuk membuat penampilan di edisi ke-23 itu. Antara pemain-pemain yang dimaksudkan ialah;

1. Bryan Mbeumo (Cameroon)
Bryan Mbeumo dilahirkan di tengah Perancis dan pernah mewakili Les Bleus di peringkat bawah 21 tahun tetapi pada 2022, beliau menukar kesetiaannya kepada Cameroon, yang merupakan tanah air bapanya. Tiga tahun kemudian, mungkin sebahagian daripadanya menyesal dengan keputusan itu. Cameroon dimalukan apabila gagal meraih kelayakan automatik ke Piala Dunia 2026 selepas kalah kepada pasukan kecil, Cape Verde. Lebih malang, Cameroon tewas pula kepada DR Congo dalam play-off CAF yang sekali gus menutup serapat-rapatnya peluang untuk ke Piala Dunia.

2. Dominik Szoboszlai (Hungary)
Kumpulan F adalah antara kumpulan kelayakan Eropah yang paling dramatik dimana dua pasukan teratas hanya ditentukan pada perlawanan terakhir. Portugal membelasah Armenia 9-1 untuk layak secara automatik manakala Hungary hampir sahaja meraih tempat naib juara tetapi digagalkan oleh wira hat-trick Ireland, Troy Parrott. Situasi dramatik yang menyebabkan Dominik Szoboszlai yang bertindak selaku kapten Hungary menangis teresak-esak mengenangkan kegagalan pasukannya.

3. Victor Osimhen (Nigeria)
Nigeria terlepas peluang untuk muncul di Piala Dunia buat dua edisi berturut-turut selepas mengalami kekalahan mengejut dalam play-off akhir Afrika kepada DR Congo. Super Eagles dianggap pasukan pilihan untuk mara ke FIFA Play-Off Tournament selaku wakil CAF pada bulan Mac selepas menyingkirkan Gabon. Namun, impian mereka musnah selepas perlawanan sengit yang akhirnya ditentukan melalui sepakan penalti. Kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam masa sebenar permainan dan ancaman serangan Nigeria merosot selepas Osimhen dikeluarkan pada separuh masa kerana kecederaan. Nasib jelas memihak kepada DR Congo dalam sepakan penalti selepas berjaya mencatatkan kemenangan 4-3 yang menghancurkan harapan Osimhen serta kem Nigeria.

4. Khvicha Kvaratskhelia (Georgia)
Georgia merupakan salah satu pasukan kejutan di Euro 2024 dengan Khvicha Kvaratskhelia menjadi tonggak utama di sebalik perjalanan mereka ke peringkat 16 terakhir. Namun, penyerang sayap Paris Saint-Germain itu gagal untuk ke benua Amerika Utara susulan aksi hambar pasukannya. Kvaratskhelia menjaringkan dua gol dalam kelayakan Piala Dunia termasuk dalam kemenangan 3-0 ke atas Bulgaria tetapi Georgia kalah dalam empat daripada lima perlawanan selebihnya. Keadaan itu mengakibatkan Georgia hanya menamatkan pusinga kelayakan di tempat ketiga jauh di belakang Sepanyol dan Turkiye dalam Kumpulan E.

5. Benjamin Sesko (Slovenia)
Benjamin Sesko nyata sedang melalui fasa paling mencabar dalam kerjaya mudanya. Penyerang berusia 22 tahun itu gagal menyesuaikan diri di Old Trafford selepas berhijrah dari RB Leipzig ke Manchester United pada musim panas dan tidak berjaya membina semula keyakinan sewaktu beraksi untuk pasukan kebangsaan Slovenia. Sesko bermain penuh setiap minit dalam empat perlawanan kelayakan Piala Dunia pertama Slovenia tetapi gagal menjaringkan sebarang gol atau assist ketika pasukan hanya mengumpul tiga mata. Beliau kemudian mengalami kecederaan lutut memaksa dirinya menonton dari tepi padang apabila Slovenia tewas 2-0 di laman sendiri kepada Kosovo tempoh hari sekaligus menamatkan harapan tipis mereka untuk melangkah ke kejohanan musim panas depan.

6. Dusan Vlahovic (Serbia)
Serbia gagal melayakkan diri ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 2014 dan kegagalan ini pastinya lebih menyakitkan daripada biasa. Berada dalam satu kumpulan bersama England dan Albania, Serbia gagal untuk sekurang-kurang berada di kedudukan kedua untuk beraksi dalam play-off. Lebih perit untuk diperkatakan, Albania mara ke play-off buat pertama kali dalam sejarah negara tersebut. Ia merupakan kempen mimpi ngeri bagi Serbia dan khususnya Dusan Vlahovicyang hanya menjaringkan dua gol dan langsung tidak menonjol terutamanya ketika menentang Albania.​
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register