BTC USD 82,456.7 Gold USD 4,123.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Piala Agong

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,648
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,648
Reaction score
38,262
Points
2,836
Piala Agong dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM). Piala Agong dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung (nama lama PBSMM) untuk dijadikan rebutan pertandingan bolasepak di antara pasukan Melayu Utara dan pasukan Melayu Selatan tiap-tiap tahun. Perlawanan pertama telah dilangsungkan pada tahun 1962.

Pertandingan ini telah dihentikan selama dua tahun, iaitu pada tahun 1976 dan 1977 kerana kurang sambutan. Tetapi mulai tahun 1978 Piala Agong telah dihidupkan semula dan dijadikan rebutan antara pasukan-pasukan yang berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Akhir Piala Emas Raja-Raja. Pada tahun berikut dan seterusnya Johan Piala Agong bertemu dengan Johan Piala Emas Raja-Raja hinggalah tahun 1984.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatudin Al-Mu'adzam Shah telah berkenan mengurniakan Piala Agong yang baru. Oleh yang demikian satu format telah diperkenalkan pada tahun 1985 di mana empat pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir dalam Pertandingan Piala Emas Raja-Raja adalah juga berhak memasuki Pesta Bolasepak Piala Agong hingga ke tahun 1988. Pada tahun 1989 format pertandingan ini diubah lagi dan kembali seperti tahun 1978-1984 iaitu Johan Piala Agong bertemu dengan Johan Piala Emas Raja-Raja.
 
Tahun Pasukan Jaringan Pasukan Tempat
1962 Melayu Selatan 7-2 Melayu Utara Klang
1963 Melayu Selatan 6-2 Melayu Utara Singapura
1964 Melayu Utara 3-0 Melayu Selatan Alor Setar
1965 Melayu Utara 2-2 Melayu Selatan Singapura
1966 Melayu Utara 3-3 Melayu Selatan Klang
1967 Melayu Utara 4-2 Melayu Selatan Kota Bharu
1968 Melayu Utara 2-1 Melayu Selatan Kuala Terengganu
1969 Melayu Utara 4-3 Melayu Selatan Kangar
1970 - 1971 Tiada Pertandingan
1972 Melayu Selatan 6-1 Melayu Utara Kuala Lumpur
1973 Melayu Utara 3-2 Melayu Selatan Kuantan
1974 Melayu Utara 4-2 Melayu Selatan Singapura
1975 Melayu Selatan 4-3 Melayu Utara Klang
1976 - 1977 Tiada Pertandingan
1978 Johor 5-2 Kelantan Johor Bahru
1979 Kelantan 1-0 Johor Kota Bharu
1980 Kelantan 3-1 Pahang Kuantan
1981 Singapura 3-1 Kelantan Kota Bharu
1982 Singapura 3-1 Wilayah Persekutuan Singapura
1983 Singapura 1-0 Pulau Pinang Pulau Pinang
1984 ATM 1-2 Singapura Kuala Lumpur
1985 Kelantan 2-0 Negeri Sembilan Kota Bharu
1986 Wilayah Persekutuan 1-0 Negeri Sembilan Kuala Lumpur
1987 Selangor 2-1 Perlis Kangar, Perlis
1988 Johor 2-1 Terengganu Kuala Terengganu,
1989 Johor 4-1 Kelantan Johor Bahru
1990 Johor 1-0 Perak Perak
1991 Kelantan 4-0 Johor Kota Bharu
1992 Kelantan 1-0 Negeri Sembilan Kota Bharu
1993 Perlis 3-2 Kelantan Kota Bharu
1994 Kuala Lumpur 3-0 Perlis Kuala Lumpur
1995 Kelantan 3-0 Kuala Lumpur Kota Bharu
1996 Kedah 2-0 Kelantan Kota Bharu
1997 Kedah 2-1 Selangor Alor Setar
1998 Pulau Pinang 3-0 Kedah Pulau Pinang
1999 ATM 3-4 Pulau Pinang Kuala Lumpur
2000 Terengganu 0-2 Pulau Pinang Kuala Terengganu,
2001 Kelantan 2-1 Pulau Pinang Kota Bharu
2002 Pulau Pinang mln Kelantan Batu Kawan, P. Pinang
2003- 2004 Tiada Pertandingan
2005 Kelantan 2-2 (5-6) Pahang Kota Bharu
2006 Kedah 1-3 Pahang Alor Setar
2007 Pahang 1-1 (5-4) Kelantan Kuantan
2008 Johor 3-1 Pahang Johor Bahru
2009 Kelantan 1-1 (Johan Bersama) Johor Kota Bharu
2010 Perlis 4-0 Johor Kangar
 
FB_IMG_1663603891518.jpg

FB_IMG_1663603895740.jpg

Tahniah Kuala Lumpur Juara Piala Agong 2022

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengucapkan tahniah buat Kuala Lumpur yang menjuarai Piala Agong 2022 selepas menewaskan Pahang 4-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, semalam (Ahad).

Datuk Haji Hamidin hadir dengan turut diberi penghormatan menyampaikan hadiah dan trofi kemenangan pertandingan ini.

Datuk Haji Hamidin, berkata Perlawanan Piala Agong 2022 anjuran Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBSMM) ini sememangnya mempunyai tarikan tersendiri.

Pertandingan ini adalah antara landasan terbaik dalam mencungkil bakat baru bola sepak negara.

Hadir sama, Presiden PBSMM, Mohd Firdaus Mohamed.

Turut Hadir, Exco FAM ACP (Bersara) Md Dali Wahid dan Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman.

#FAM #HarimauMalaya
 
Back
Top
Log in Register