BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Piala AFF (bawah 15 thn) 2017

naimw

Active+ Member
Messages
2,767
Joined
May 18, 2017
Messages
2,767
Reaction score
193
Points
33
Harapan skuad bola sepak kebangsaan Bawah 15 Tahun untuk ke final Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2017 Bawah 15 Tahun lebur, selepas kalah 0-1 kepada Thailand dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Chonburi, Thailand semalam.

1.jpeg


Gol kemenangan dijaringkan Jakkrapong Sanmahung pada minit ke-17 untuk pasukan tuan rumah mara ke final buat kali keempat, menurut laman web AFF, www.aseanfootball.org.

Dalam perlawanan separuh akhir yang lain, juara dua kali Vietnam, menewaskan juara bertahan Australia 2-0 di venue
yang sama malam tadi.

Malaysia akan bertemu Australia pada perlawanan bagi tempat ¾ manakala Vietnam akan beraksi menentang Thailand pada perlawanan akhir. Kedua-duanya akan diadakan di venue sama pada hari Sabtu.

Edisi ke-12 kejohanan tahunan itu diadakan sejak 2002 menampilkan 12 negara dengan Australia mendahului cabaran

Kumpulan B terdiri daripada Vietnam, Kemboja, Timor-Leste, Filipina, Brunei dan Malaysia.

Untuk rekod, Malaysia muncul juara pada 2013 selepas menundukkan Indonesia 3-2 pada penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa perlawanan sebenar.

Kejohanan itu sebelum ini dimainkan oleh pasukan Bawah 16 Tahun. Kumpulan umur baharu ini diperkenalkan tahun ini.

- Bernama
 
Back
Top
Log in Register