combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,134
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,134
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
PGA Tahan Dua Lelaki, Rampas Lapan Burung Kakak Tua Bernilai RM400,000
Kredit: Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki dipercayai cuba menghantar lapan burung kakak tua spesies Macaw bernilai kira-kira RM400,000 tanpa permit sah dalam serbuan di Jalan Bandar Tumpat, Tumpat semalam.
Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata kedua-dua suspek berusia 28 dan 31 tahun itu ditahan pada 6.30 petang hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta Proton Waja yang membawa empat sangkar berisi lapan burung spesies Macaw dengan upah hanya RM400.
Beliau berkata pemeriksaan mendapati kedua-dua lelaki itu gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit sah bagi pemilikan hidupan liar berkenaan sebelum mereka ditahan untuk siasatan lanjut.
“Hasil soal siasat awal mendapati seorang daripada suspek mengaku mengambil burung itu di Kampung Kelaboran dan dijanjikan upah RM400 bagi menghantar empat sangkar berkenaan ke Stesen Bas Kota Bharu sebelum dibawa ke Johor oleh individu lain yang masih belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Radzi berkata pihaknya turut merampas kenderaan yang digunakan suspek dan empat sangkar, menjadikan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM410,400.
Beliau berkata kes diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
“Briged Tenggara PGA akan terus memperkukuh operasi bersama agensi berkaitan bagi membanteras kegiatan penyeludupan hidupan liar serta jenayah rentas sempadan yang menjejaskan khazanah negara,” katanya.