BTC USD 81,412.2 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PG Andersson laung keyakinan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
su_06.1.jpg

Per Gunnar Andersson memecut pada perlumbaan peringkat khas pertama Kejohanan FIA Super WRC sejauh 1.9km di Litar Karlstad, Sweden semalam​

KARLSTAD, Sweden – Pelumba Proton, Per Gunnar Andersson menyifatkan pusingan kedua Kejohanan FIA Super WRC (S-WRC) 2012 Sweden sebagai medan terbaik untuk dia membuktikan keupayaan dalam sukan rali peringkat dunia.

Juara dua kali kategori Junior WRC (J-WRC) itu yakin mampu mencatatkan kedudukan terbaik dalam rali kali ini yang berlangsung di negara kelahirannya, ditambah dengan kemampuan jentera Satria Neo S2000 keluaran Proton Motorsports.

“Saya selesa dan yakin memperoleh kejayaan yang lebih cemerlang, apatah lagi dengan keputusan terbaik yang dicatatkan dalam perlumbaan persediaan di Norway minggu lalu.

“Masalah yang dihadapi jentera Proton (pusingan pertama sirkit Monte Carlo bulan lalu) adalah perkara kecil. Kami perlu lebih kuat,” katanya kepada pemberita Malaysia selepas perlumbaan peringkat khas pertama sejauh 1.9 kilometer di Litar Karlstad, semalam.

Hari ini akan berlangsung sembilan lagi peringkat perlumbaan hari kedua dimana empat daripadanya diadakan di Kongsvinger, Norway.

Cuaca sejuk dan bersalji bakal memberi cabaran buat para pelumba apabila kedudukan lokasi rali hari ini terletak di utara negara ini, malah dalam perlumbaan peringkat khas pertama di bandar Karlstad malam tadi, suhu berada pada bawah 10 darjah Celsius.

Sementara itu, Ketua Teknikal Proton Motorsports, Chris Mellorsyakin dengan kemampuan dua pelumbanya, Andersson dan Alister McRae, juara Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) tahun lalu yang akan bertanding dalam kategori WRC bersama pembantu pemandu, Bill Hayes.

“Proton meletakkan harapan yang tinggi kepada mereka. Berdasarkan insiden yang menimpa kita di Monte Carlo bulan lalu, Proton sudah mengenal pasti puncanya dan akan memperbaiki sebarang permasalahan,” katanya.

Pada perlumbaan peringkat khas pertama semalam, Andersson dan pembantunya, Emil Axelsson mencatat masa 1:39.2 saat untuk menduduki tempat ke-15 daripada 50 peserta. – UTUSAN
 
bgus la tgh leading. jgn keta probleh lg dh le
 
Back
Top
Log in Register