BTC USD 81,005.2 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Petua to Share

Cinta2Share

Junior Member
Messages
55
Joined
Jun 12, 2013
Messages
55
Reaction score
0
Points
6
Nak dapatkan kulit yg halus mulus tanpa perlu berhabis duit..mudah aje dan hanya boleh dibuat di rumah..siapa yg tak suka homemade kan...mudah, murah dan sihat..


Masker Yogurt

Masker daripada yogurt ternyata bagus untuk kulit kita dan juga poket! Masker wajah menjadi satu rutin dlm penjagaan wajah dan kita berbelanja agak banyak untuk bermasker. Dan jika terdapat masker yg berkesan dan juga murah semestinya amatlah diharapkan.

Yogurt bukan sahaja baik untuk perut dan usus kita, malah boleh juga dijadikan masker berikutan khasiat2 yg terkandung di dlmnya.
Yogurt mengandungi zinc, calcium, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6, vitamin B12, protein dan juga yeast

•Zinc dikatakan mengandung khasiat anti-inflammatory yg dapat membantu mengurangkan jerawat

•Calcium pula mengandungi sifat antioxidant; ia membantu pembaharuan sel-sel dan membuatkan kulit lebih licin. Kekurangan Calcium boleh mengakibatkan penuaan pramatang, kulit kering malah juga gatal2.

•Vitamin B membantu mencegah jerawat dan juga menggalakkan system pengedaran darah.

•Protein sgt penting untuk kesihatan tubuh badan. Jika badan mendapat sumber protein yg secukupnya, secara automatic kulit turut menjadi lembut, lembab dan berseri.

Dengan menggunakan yogurt sebagai masker dpt membantu membersihkan dan melembabkan apa jua jenis kulit. Turut membantu menghaluskan dan mencerahkan bintik2 hitam dan warna kulit yg tidak sekata.

Bahan-bahan yg dicadangkan:

•Yogurt (yogurt kosong/natural) -2 to 4 sudu
Boleh juga ditambah dgn buah2 seperti tomato/avocado yg dihancurkan, jus lemon, kunyit, madu dan sbgnya memandangkan

kesemua bahan2 tersebut mudah didapati di dapur dan ianya semulajadi dan tidak akan ada effect negative selain kulit yg sihat berseri dan awet muda.

Gaulkan semua bahan2 tersebut dan tempelkan di muka, Biarkan selama 15 – 30 minit. Bilas bersih. Anda akan dapati kulit yg lebih lembab dan lembut.

p/s:- Tidak dicadangkan kepada sesiapa yg mempunyai allergy terhadap produk tenusu.

untuk lain-lain petua, sila lawati FB sy Cinta2Share okiess :D
 

Attachments

  • 5.1 KB Views: 13
Masker dari Hampas Teh

Hampas teh? Iya hampas teh masih berguna..jd slps minum teh jgn terus dbuang hampasnya...

Daun Teh bukan sahaja digunakan utk dibuat minuman tapi ia juga boleh digunakan sebagai masker wajah memandangkan kandungan antioxidant yg sgt bagus utk kulit.

Seperti yg kita sedia tahu dan diamalkan, teabag sgt bagus diletakkn di kawasan mata utk menghilangkan kesan-kesan sembab, mengurangkan kedutan sekitar mata dan juga mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata.

Tetapi tidak ramai yg tahu hampas teh juga sgt berkesan dijadikan masker wajah. Hanya sapukan hampas teh pada wajah dan biarkan selama 5 – 15minit. Kemudian dibilas. Kesannya kulit lebih lembut dan lembab dan boleh dirasakan serta merta.

Penggunaan secara berkala boleh menjadikan kulit yg lembab, kulit yg licin dan halus dan juga berseri serta awet muda. Anda juga boleh juga campurkan masker teh dgn madu ataupun jus lemon yg digaulkan sebati.
 
untuk chicken pox bole ke pakai menda ni?hehe...tgh kne chicken pox la
 
Parut chicken pox ke? kalau parut kat muka, boleh sapu yogurt selalu.cepatla dia pudar nanti..klo parut kt bhgn badan kita scrub kopi aje
 
~1 Gelas 1 Hari~

Segelas air suam yg dicampur madu dan juga hirisan lemon menjadi minuman harian sy. Seperti yg kita sedia maklum terdapat banyak khasiat madu yg telah diketahui berabad lamanya. Madu sgt bermanfaat dan perlu ada di setiap dapur. Begitu juga dgn buah lemon mengandungi pelbagai khasiat utk kesihatan.

Kedua2 kombinasi madu dan lemon ini menghasilkan segelas minuman yg kelihatan biasa tetapi sgt berkhasiat berbanding minuman2 lain. Bagus diamalkan setiap hari selepas sarapan pagi.

Hasilnya pembuangan yg lebih lawas (kecil/besar). Usus yg lebih sihat (memandangkan pembuangan toksin yg lawas). Penyerapan nutrient dari usus lebih efficient (memandangkan usus lebih sihat). Badan yang sihat, segar dan kulit yg berseri-seri (hasil dari nutrient yg banyak diserap oleh badan)

By right segala Collagen, Vit C, Jamu atau supplement2 lain yg kita consume tu mudah diserap oleh badan la kan. Begitulah kesimpulannya

1017578_254087061383082_1097630084_n.jpg
 
Back
Top
Log in Register