Kat gm klang ni ramai yang mengaku pembekal tapi...ramai yang haprak...nak2 yang si melayu.
Ramai yang setakat pemborong grade 2. Pemborong ni ada grade.
Grade 1 yang direct ambik dari kilang. Modal dorang besar giler. Dorang ambik pakai container.
Grade 2. Yang jenis beli kat pemborong di KL dah tu jual kat tempat cam GM Klang ni lah. Jadi kalau kita beli dari dia harga dia dah mahal sikit berbanding kalau kita ambik dari pemborong kat KL tu. Selalu nya melayu2 lah yang buat cam ni pasal modal kecik kalau nak ambik dari China/kilang2.
Kalau kau dengar dorang cakap kalau ambik borong kita akan kurang kan 20%, tak payah ambik, pasal ini style pemborong grade 2. Pasal kata kan dia ambik barang tu kat KL dengan harga $20 sebiji/selai, dah tu dia pampang harga runcit dia $45. Minus 20% jadi $36. Berapa banyak kita rugi! Pergi ke KL ajer.
Real pemborong tak berbual benda 20% / 50% ni semua.
Sebelum beli tanya dorang ni kat mana dia dapat barang? Kalau dia cakap, seperti ada kawan kat KL lah atau teragak agak berbual pasal China ni, dah tak yah beli.
Ada dua tiga Melayu yang genuine ambik dari kilang kat GM Klang ni.
Ramai ca ya kat sana ambik dari kilang...ada yang punya kedai borong kat KL. Tapi ada satu dua yang tak leh pakai jugak.
Ada yang Melayu ambik dari Guanzhou tapi pasal modal kecik, dorang beli sikit kat sana dapat harga mahal so jual balik kat sini pun mahal.
Kalau cam kedai2 Melayu yang jual tudung tu..kira mahal pasal dorang ambik kat Jln Tar. Kalau nampak Melayu yang jual blouse makcik2..siasat dulu mana dorang dapat. Sama jugak baju budak. Ramai yang ambik kat Kenanga.
Banyak kedai ca ya nun pekerja dia Melayu..so tanya siapa tokeh.