TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,647
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,647
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
PETERHANSEL (kanan) meraikan kejayaan muncul juara Rali Dakar buat kali ke-10 kelmarin.
LIMA, Peru - Pemandu Perancis, Stephane Peterhansel menepati ramalan awal apabila mengungguli perlumbaan Rali Dakar buat kali ke-10 kelmarin.
Kejayaan itu juga adalah yang pertama buat jentera Mini selepas perlumbaan selama dua minggu yang merentasi merentasi Argentina, Chile itu berakhir di Lima, Peru.
Cyril Depres yang menunggang jentera KTM pula memenangi kategori motosikal, sekali gus mengekalkan gelaran juara buat kali ke empat peribadi dan ke-11 pengeluar berturut-turut.
Paterhansel yang memimpin perlumbaan menamatkan saingan dengan kelebihan 41 minit 56 saat di depan pelumba Sepanyol yang juga rakan sepasukannya, Nani Coma.
"Apabila kamu fikir betapa sukarnya untuk memenangi Rali Dakar, ia menakjubkan apabila saya sudah memenanginya sebanyak 10 kali.
"Sudah lama saya menunggu untuk memenanginya sekali lagi. Untuk kemenangan ini, saya sudah menunggu selama lima tahun," kata Peterhansel.
Tambahnya, untuk bergelar juara di Amerika Selatan, ia suatu kelegaan dan merupakan kemenangan paling berharga.
"Saya mula mempersoalkan diri saya sendiri dengan memikirkan saya terlalu tua untuk rali ini dan saya sudah tidak sesuai untuk perlumbaan di Amerika Selatan," ujarnya.
Di samping itu, pelumba dari Afrika Selatan yang juga juara 2009, Giniel De Villiers yang memandu jentera Toyota berada di tempat ketiga.
Juara tahun lalu, Nasser al-Attiyah dari Qatar yang memandu Hummer, menarik diri minggu lalu, manakala rakan sepasukannya dari Amerika Syarikat (AS), Robby Gordon berada di tempat kelima secara keseluruhan. - Reuters