BTC USD 81,982.1 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Petanda akhir sebelum kiamat

Wallahu'alam, mungkin buat masa ini tidak dapat dibayangkan di fikiran manusia 90% seperti akan apa yang berlaku sebelum kiamat.
 
Terima kasih. Bagus kita ingat mengingati.
 
Tanda kiamat hampir lengkap?

image.jpg

ANTARA usaha penaklukan Baitulmuqaddis adalah umat Islam sering dihalang beribadah di Masjidilaqsa oleh tentera Israel.

WANITA melahirkan tuannya, tanah Arab bertukar subur, maksiat bermaharajalela dan ramai ulama meninggal dunia.

Jika 1,400 tahun lalu, semua yang dinyatakan ini mungkin dianggap mustahil dalam kalangan masyarakat pada masa itu.

Namun, perubahan semasa menyaksikan sebaliknya. Bukan hanya khusus berlaku di negara tertentu sahaja, tetapi pelbagai peristiwa yang jelas bertentangan dengan norma kehidupan manusia dan dikategorikan pelik dilaporkan berlaku satu persatu di seluruh dunia.

Bermula pada peringkat individu dengan keruntuhan jati diri dan sosial, perbuatan jenayah juga terus berleluasa 
ke peringkat global sehinggakan nyawa manusia dianggap tidak lagi berharga. Peperangan demi peperangan, penindasan terus berlaku tanpa belas kasihan.

Sedari atau tidak, inilah yang diisyaratkan oleh Rasulullah SAW berhubung tanda-tanda umur dunia semakin hampir tamat atau berlakunya 
kiamat.

Lebih mengejutkan apabila baru-baru ini, kota suci ketiga umat Islam Baitulmuqaddis, Palestin sekali lagi ingin ditawan oleh golongan penentang Islam.

Ibarat memekakkan telinga, walaupun kecaman demi kecaman dilakukan masyarakat seluruh dunia berikutan pengumuman mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, namun keputusan masih tidak berganjak.

Malah, keputusan dua pertiga negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyokong resolusi menolak langkah kontroversi tersebut dan mahu status kota suci itu di*selesaikan melalui rundingan, juga tiada maklum balas.

Mengulas kemelut yang berlaku, Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor tidak menolak pandangan bahawa pencabulan di Baitulmuqaddis, Palestin itu dilihat sebagai melengkapkan tanda-tanda peristiwa akhir zaman.

“Bagaimanapun, kita tidak boleh mengaitkan secara terus usaha penaklukan Baitulmuqaddis ini dengan akhir zaman. Ini kerana pembukaan Baitulmuqaddis telah dua kali berlaku. Pertamanya pada zaman Sayidina Umar al-Khatab r.a. dan kedua pada pemerintahan Khalifah Salahuddin al-Ayubi. Bagaimana dengan petanda ini? “Namun, jika diperhatikan, pada masa ini telah banyak tanda besar lain telah berlaku. Malah, secara realitinya kita perlu sedar bahawa telah pun berada pada akhir zaman yang dikenali juga sebagai zaman fitnah,” kata Mohd. Roslan ketika ditemui Mega Mimbar, baru-baru ini.

Tanda lain kiamat

Mohd. Roslan berkata, antara tanda lain yang jelas berlaku sebagaimana dinyatakan oleh hadis Rasulullah juga adalah peperangan dan pergolakan di Syria sehingga mengakibatkan ratusan ribu penduduk awam terkorban.

Tambah beliau, diikuti kemelut dalam keluarga diraja Arab Saudi sehingga berlaku pergelutan dan penindasan sesama sendiri.

Perkara ini turut digambarkan oleh Rasulullah berhubung tanda kiamat menerusi sabda baginda maksudnya: “Akan berperang tiga orang di sisi perbendaharaanmu. Mereka semua adalah putera khalifah. Tetapi, tak seorang pun antara mereka yang berhasil menguasainya. Kemudian muncul bendera-bendera hitam dari arah Timur, lantas mereka memerangi kamu (orang Arab) dengan suatu peperangan yang belum pernah dialami kaum sebelummu.” - Riwayat Ibnu Majah

“Jika kita perhatikan semula, kemelut dalam keluarga diraja Saudi sudah lama berlaku, tetapi boleh kita simpulkan kini berada pada kemuncaknya.

“Ini kerana sejarah menunjukkan Raja Saudi, Raja Abdulaziz Al-Saud mempunyai ramai anak dan setiap anaknya perlu mewarisi takhta menjadi raja bermula anak pertama hinggalah yang terakhir. Raja sekarang ini iaitu Raja Salman adalah pewaris takhta terakhir, justeru siapa yang bakal mewarisi takhta selepas itu?” katanya.

Sampai masa untuk berubah

Sehubungan itu, kata Mohd. Roslan, sudah tiba masa umat Islam untuk merenung kembali segala peristiwa yang berlaku agar memberi keinsafan untuk kembali ke pangkal jalan.

Formulanya adalah dengan menjadikan al-Quran dan sunah sebagai petunjuk serta pedoman utama.

“Selain hadis Rasulullah, peristiwa akhir zaman juga dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran, antaranya dalam Surah al-Israk ayat 1 hingga 8. Dalam ayat ini Allah menceritakan sifat golongan Yahudi yang suka membuat kerosakan di muka bumi dengan kerosakan amat teruk sebanyak dua kali. Ulama mentafsirkan tempat kerosakan itu adalah di Baitulmuqaddis, Palestin.

“Sebahagian ulama menyatakan kedua-dua kerosakan itu telah berlaku berdasarkan kisah pembebasan Baitulmuqaddis oleh Sayidina Umar al-Khatab dan kedua pada pemerintahan Khalifah Salahuddin al-Ayubi. Manakala sebahagian lain mendakwa baru berlaku kerosakan pertama.

“Mereka mengaitkan kerosakan kedua adalah pada zaman ini kerana berdasarkan firman Allah itu, golongan Yahudi akan masuk dengan kekuatan dan kesombongan. Ini berkemungkinan berlaku zaman ini,” jelasnya.

Umat Islam juga katanya, perlu tetap pendirian mempertahan kota suci ketiga umat Islam tersebut walau apa yang berlaku daripada penaklukan golongan kafir dan Zionis.

“Di samping melihat penyelesaian melalui pandangan politik, kita juga perlu melihat kepada pandangan agama. Selain perlu dipertahan kerana tanah suci Islam, kita juga tahu bahawa di bumi Palestin ini juga ditafsirkan ulama menjadi tempat perhimpunan manusia di akhirat atau Padang Mahsyar.

“Justeru, umat Islam dinasihatkan agar tidak lari dalam isu ini bagi pertahan Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa, ini kerana tanah kenabian itu merupakan hak bukan sahaja orang Palestin tapi bagi umat Islam.

“Malah, sebahagian tanah di Baitulmuqaddis diwakafkan oleh seorang ulama Islam terdahulu, Tamim ad-Dari yang merupakan perjanjian wakaf pertama tercatat secara dokumen dalam sejarah Islam,” jelasnya.


http://www.utusan.com.my/rencana/agama/tanda-kiamat-hampir-lengkap-1.589041
 
Tidak kiamat selagi Yahudi ada

image.jpg

POKOK Gharqad dipercayai aktif ditanam oleh golongan Yahudi di Israel.

WALAUPUN pelbagai pemerhatian dan kesimpulan dilakukan berdasarkan penyelidikan sains, namun tiada fakta tepat menemukan bilakah bakal berlaku hari kiamat.

Bagaimanapun, pendakwah terkemuka, Datuk Dr. Danial Zainal Abidin berkata, umat Islam wajib beriman dengan petanda yang diberikan oleh Rasulullah SAW untuk dijadikan iktibar dan pedoman dalam menghadapi hari akhir dunia itu.

Katanya, antara petanda yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW berhubung tanda besar kiamat bakal berlaku adalah hancurnya semua golongan Yahudi yang memerangi Islam di muka bumi.

Ini tambahnya, berdasarkan sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum Muslimin berperang dengan Yahudi. Maka kaum Muslimin membunuh mereka sehingga ada seorang Yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohon, dan berkatalah batu dan pohon, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini Yahudi di belakangku, ke mari dan bunuhlah dia.’ Kecuali pohon Gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi.” - Riwayat Muslim

“Sampai suatu masa nanti semua orang Yahudi akan dibunuh. Kecuali satu kelompok Yahudi dikenali sebagai Yahudi Heradi yang terdapat kira-kira 10 peratus di Israel. Mereka ini golongan Yahudi yang masih mengikut ajaran Kitab Taurat dibawakan oleh Nabi Musa a.s.

“Mereka tidak pernah bersetuju dengan apa yang berlaku di Baitulmuqaddis sekarang, begitu juga dengan pengisytiharan Jerusalem sebagai ibu negara Israel kerana mereka mempercayai ia bercanggah dengan roh Taurat.

“Islam tidak memusuhi sesiapa walaupun haiwan, tetapi jika kamu bermusuhan dengan kami, maka kami rela berjihad. Golongan Yahudi yang memerangi Islam semua akan dibunuh, sehinggakan batu dan pohon berkata-kata. Kita tidak tahu bagaimana keadaan dimaksudkan oleh Rasulullah ini, tetapi ia akan berlaku dan kemuncaknya Israel akan hancur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk Baitulmuqaddis dan Akhir Zaman di Masjid Al Ridhuan, Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Danial berkata, perkara itu turut diramalkan oleh bekas setiausaha kerajaan Amerika Syarikat bahawa Israel akan lenyap pada 2022.

“Ini cuma jangkaan, tetapi berdasarkan hadis Rasulullah tadi kita yakin Israel benar-benar akan lenyap, cuma tidak diketahui bila. Malah, orang Yahudi juga beriman dan percaya dengan hadis ini, buktinya pada masa ini mereka sedang aktif menanam pokok Gharqad yang dianggap sebagai penyelamat.

“Berdasarkan hadis lain, apabila Dajjal muncul di belakangnya adalah orang Yahudi dengan jumlah tentera seramai 70,000 orang sebelum bertemu dengan Imam Mahdi seterusnya dibunuh oleh Nabi Isa a.s. Tidak mustahil mereka semua akan dibunuh pada masa itu,” jelasnya.

Sehubungan itu, Danial berkata, umat Islam perlu sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin dan turut membantu mereka mempertahan kota Baitulmuqaddis dan Palestin.

“Mereka tidak minta kita untuk datang ke sana berperang bersama mereka, tetapi apa yang mereka perlukan adalah sokongan daripada kita umat Islam seluruh dunia.

“Sokongan yang bagaimana? Iaitu dalam bentuk doa dan kewangan. Apa yang boleh kita lakukan adalah mengamalkan qunut Nazilah, seelok-seeloknya diselitkan pada bacaan qunut dalam solat subuh di surau dan masjid.

“Selain itu, kita juga boleh menyalurkan sumbangan wang tunai kepada mereka melalui pertubuhan bantuan ke Palestin yang dipercayai untuk meringankan bebanan dan menjayakan sebarang perancangan mereka menentang Zionis Israel,” ujarnya.


http://www.utusan.com.my/rencana/agama/tidak-kiamat-selagi-yahudi-ada-1.589047
 
*Kiamat kecil pun kita tak tahu bila.

Inikan pula kiamat besar.

Tanda² memang dah ada la.


Lebih baik kita semua persiapkan diri untuk hadapi kiamat kecil tu dulu.


*Kematian
 
Last edited:
Ada kalangan cerdik pandai meramalkan kita akan smpi penghujung kiamat dlm tempoh 50 ke 60 tahun saja lagi berdasarkan kalendar hijrah...
 
Ada kalangan cerdik pandai meramalkan kita akan smpi penghujung kiamat dlm tempoh 50 ke 60 tahun saja lagi berdasarkan kalendar hijrah...

Salah.
Jgn sebar ajaran karut
 
semoga kita semua terselamat dari fitnah dajal
 
Back
Top
Log in Register