BTC USD 81,901.5 Gold USD 4,175.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peserta RISDA dapat duit raya RM110j

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
PEKAN: Seramai 43,990 peserta Rancangan Tanaman Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (Risda) menerima hadiah hari raya berganda apabila mendapat dividen keseluruhan bernilai RM110 juta, semalam.

Perdana Menteri turut mengumumkan kenaikan kadar bantuan Program Tanam Semula Getah Kepada Getah mulai 1 September ini berikutan kos pembangunan tanah yang semakin meningkat membabitkan kerja menebang, membuat teres dan input pertanian seperti baja serta racun.


Menurut Najib, menerusi kadar kenaikan bantuan itu, pekebun kecil di Semenanjung akan menerima RM9,230 sehektar berbanding RM7,000 sebelum ini, manakala pekebun kecil di Sarawak menerima RM13,500 sehektar, Sabah pula menerima RM14,000 sehektar, daripada RM10,000 di dua negeri itu.


“Kerajaan perlu menyediakan peruntukan sejumlah RM651.7 juta sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) bagi menanam semula getah seluas 100,000 hektar dengan pertambahan peruntukan sejumlah RM205.8 juta.


“Ini hadiah hari raya daripada kerajaan kepada masyarakat pekebun kecil di seluruh negara. Besar harapan saya supaya lebih ramai pekebun kecil akan menyertai program tanam semula ini,” katanya ketika berucap di Majlis Penyampaian Dividen RTBB dan TSK.


Najib berkata, beliau turut menyarankan Risda memastikan program membangunkan tanah terbiar, tanah kosong dan kebun getah tua di seluruh negara untuk disatukan dan diurus tadbir sebagai satu ladang besar bagi meningkatkan produktiviti dan penghasilan getah negara pada masa depan.


“Saya menaruh keyakinan kepada Risda untuk terus berdaya saing dan mampu membina masyarakat pekebun kecil yang disegani kerana ia penting untuk meningkatkan pendapatan dalam konteks Model Baru Ekonomi (MBE),” katanya.


“Bagi memastikan pekebun kecil tidak tertinggal dalam kerangka MBE, saya minta Risda mengkaji dan menyediakan perancangan serta pelan tindakan dari perspektif sektor ini sebelum mencadangkan kepada kerajaan,” katanya.


Mengenai pemberian dividen itu, Mohammad Izat berkata, RTBB ditubuhkan bagi membantu pekebun kecil yang mempunyai tanah tidak bersaiz kosmik untuk menambah pendapatan berikutan program ini menambah keluasan melalui hak kelayakan tanam baru.


Katanya, Risda mempunyai 27 ladang RTBB di semenanjung dan diuruskan anak syarikat, Espek Sdn Bhd dengan bilang peserta seramai 16,080 orang.


“Tahun lalu Risda berjaya menjana keuntungan daripada RTBB sebanyak RM38 juta bagi seluas 47,347.9 ekar dengan nilai purata keuntungan RM800 bagi seekar.


“Manakala melalui projek TSK yang diuruskan satu lagi anak syarikat, Risda Plantation Sdn Bhd membabitkan kawasan seluas 48.5 hektar dan 27,910 peserta, Risda memperoleh keuntungan sebanyak RM71.989 juta,” katanya.


Dalam majlis berkenaan, Risda turut mengisytiharkan bayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2009 bernilai RM2.071 juta. Malah, anak syarikatnya menyampaikan sumbangan tanggungjawab sosial korporat sebanyak RM22,000 kepada anak yatim di empat negeri sempena Ramadan ini.
 
Back
Top
Log in Register