BTC USD 76,493.1 Gold USD 4,346.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesawat rempuh jambatan udara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
pesawat-rempuh.webp

Sayap pesawat China Eastern Airlines melanggar jambatan udara. - X

BEIJING – Sebuah pesawat penumpang melanggar jambatan udara ketika ia tiba di sebuah terminal lapangan terbang di China, lapor akhnbar Metro UK.

Pesawat Airbus A350-900 milik syarikat penerbangan China Eastern Airlines sedang menuju ke tempat perhentiannya apabila sayapnya melanggar jambatan udara. Ia memusnahkan struktur dan menyebabkan kerosakan pada pesawat tersebut.

Penerbangan dari Chengdu di wilayah Sichuan itu baru sahaja mendarat di lapangan terbang Shanghai Hongqiao apabila ia mengalami kerosakan mekanikal sebelum tiba di pagar perlepasan.

Tiada penumpang atau kakitangan cedera semasa kejadian pagi semalam itu.

Penumpang diturunkan melalui bahagian lain pesawat selepas kelewatan selama 30 minit, dan kesemua mereka menerima pampasan sebanyak 400 yuan (RM230). – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register