BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesawah diingatkan jangan pertikaikan wang ehsan

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
image.jpg

Noh (dua, kanan) menyampaikan replika cek kepada wakil Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pasir Panjang pada Majlis Penyampaian Bantuan BLB di Dewan Bangunan Umno Bahagian Sungai Besar.

SABAK BERNAM - Pesawah di Barat Laut Selangor diingatkan supaya tidak mempertikaikan wang ehsan sebanyak RM466 sehektar diberikan kerajaan Persekutuan kepada pesawah padi yang terjejas akibat serangan penyakit Hawar Daun Bakteria (BLB) pada musim tanaman kedua tahun lalu.

Menteri Kesejahte*raan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, meskipun jumlah itu separuh jika hendak dibandingkan dengan bantuan yang diberikan kerajaan negeri, namun kerajaan Persekutuan sentiasa mengambil tanggungjawab penuh untuk memberikan pembelaan kepada pesawah padi.

"Mungkin ada orang pertikaikan mengapa kerajaan negeri boleh beri lebih RM900 sehektar dan mengapa kerajaan Persekutuan beri separuh.

"Saya nak beritahu bahawa kerajaan Persekutuan mengambil tanggungjawab penuh untuk memberikan pembelaan kepada pesawah padi dari segi bajet tahunan," katanya pada Majlis Penyampaian Bantuan BLB di Dewan Bangunan Umno Sungai Besar, di sini, petang tadi.

Noh yang juga Pengerusi Umno Selangor menjelaskan, kerajaan Persekutuan membelanjakan sebanyak RM39 juta setiap musim bagi peruntukan input pertanian.

"Kerajaan juga telah menaikkan harga subsidi kupon padi daripada RM248 naik kepada RM300 setiap tan.

"Jika dicampur harga padi RM1, 200 dengan harga subsidi kupon ini, hampir RM1, 500 termasuk kemudahan prasarana lain seperti jalan, ladang dan palung yang semuanya ditanggung kerajaan Persekutuan ," katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan Persekutuan juga turut membelanjakan lebih RM28 juta untuk membina kolam takungan bagi memastikan pesawah tidak menghadapi masalah setiap kali musim kemarau.

"Jangan hanya lihat sumbangan yang diberikan kerajaan negeri ini lebih daripada kerajaan Persekutuan, sebaliknya, kita kena lihat secara keseluruhan sumbangan dan juga bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan Persekutuan kepada pesawah padi khususnya di Barat Laut Selangor," katanya.

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan kira-kira RM4.6 juta di bawah Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) disalurkan kepada 8, 953 pesawah melibatkan tiga Parlimen iaitu Tanjong Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam.

Pada musim tanaman lalu, seluas 10, 340.98 hektar sawah di Barat Laut Selangor diserang wabak BLB.

http://www.sinarharian.com.my/edisi...gatkan-jangan-pertikaikan-wang-ehsan-1.683499
 
Back
Top
Log in Register