BTC USD 84,071.1 Gold USD 4,165.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesanan Untuk Yg Cantik

ehemmm..apa nak susah buat2 muka macam avatar saya kalau dah cantik sangat
 
Tula dalam rukun iman kata kita kne pcaya Qada' dan Qadar.
ish nak marah lak aku rasa ngan mamat ni cakap.

Ahhhh....
malaih aku nk berdebat dgn hangpa semua, soklan aku xleh jawab nak melepas kona kot lain.melepaskan diri.

soklan aku, kalo orang tu ada aset semua bagus dr segi rupa yg menarik,hidup senang mudah dpt apa disuka, lebih2 dapat pulak,keluarga ok,buat amalan dlm keadaan selesa,ni kalo dpt masuk syurga dunia dpt akhirat dpt, untung dua2 dpt tapi ada org sebaliknya yg mana kehidupan dunia mcm haramjadah perjalanan hidup, ader duit sikit nk senang dpt sakit ler aper ler kalo masuk syurga pun dh terkurang dunia ni, jika dibandingkan xsama rata pun faedah. macammana kata adil dunia ni.




aku kalo jumpa org lawa kaya kena rogol ker, xcdent ker, kena rompak ker, aper ker. aku tengok jer sbb aku benci dgn diorg macam aku benci ba**-**bi gemuk yang gemuk-gemuk kenyang tu.ha.ha.ha.rasa mcm nak mjahanamkan diorg ni kalo aku ada peluang.tak puas hati aku, pasal diorg lah aku kena gelak dan terima kutukan penghinanaan kat aku selama ini.macam badut sarkis yg miskin jer aku ni bila kena gelak dgn depa ni.


sudahlah..xleh jawab soklan aku xpayah kona kot lain melepas diri dgn soklan aku.
malas nk gaduh2.aku tanya lain jawab lain.

ko ni tak bersyukur sebb tu jadi camni. :mad::mad::mad:
 
pada pendapat aku laa...betul la kalau kater kene usaha..doa..dsb nya...tapi kiter kene akui sebagai manusia..kiter lemah beb..kdg2 ter mengeluh juger..
cam aku nie..dh kawin..tapi kalau beranak jer anak perempuan memanjang..betul..anak tu rezeki..tapi memanjang jer perempuan..hati mana tak terusik...bila tgk pakaian budak lelaki..permainan budak lelaki..kekadang dtg stress gak..tapi..kalu pk kan balik..kiter nak wat camner kan...dh tertulis...sabo jerlaa...

teringat kat pakcik riss, daddy missel... anak ade 4 sumer boy...
tpi usaha punya usaha disertakan dgn doa n tawakal lastly anak yg ke 5 tup tup girl plak... Allah maha kuasa kan? :)
 
i x pandang fizikal... i pandang dri HATI yg HENSEM je
 
kenapa manusia hanya memndang yang cantik???
 
Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.


Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan ALLAH!

baguslar info2 mcm ini.sekurang-kurangnya ramai yang sedar kan...salam n selamat hari raya semua...
 
"when Allah leads you to the edge of the cliff, trust Him fully and let go, only one of two things will happen,
either He'll catch you when you fall, or He'll teach you how to fly!"
 
Back
Top
Log in Register