ini sekadar alasan yang biasanya diberi oleh proton untuk terus mendapat "simpati" dalam pasaran orang Melayu.
dalam apa jua bidang sekalipun, perbandingan antara 2 perkara semestinya akan memberi daya saing dan mampu meningkatkan kualiti antara 2 perkara tersebut.
cuba fikir, kenapa Honda dan Toyota boleh maju? sebab pada awalnya keluaran kereta ini sering dibandingkan dengan kereta-kereta dari Eropah. diorang kata kereta jepun tak maju, tak bagus, takde kualiti dan sebagainya. ekoran kritikan ini yang menjadi titik tolak untuk Honda dan Toyota menjadi salah satu jenama automobil yang setaraf dan mungkin lebih hebat daripada jenama Eropah & Barat pada hari ini.
tapi, apabila orang kita buat perbandingan, kita pula menagih simpati dan kesian?
"belilah proton, kesian kat proton. dah la usia baru, takkan la nak compare ngan brand lain"
"belilah proton, ini kan bisnes orang Melayu, takkan taknak tolong sesama Melayu kot"
"belilah proton, bla bla bla bla..."
so, sampai bila industri kita terutama orang Melayu harus bergantung kepada SIMPATI dan KESIAN?
tidak dinafikan proton memang ada kualiti. tapi kualitinya tidak mencapai apa yang rakyat mahukan. kalau dulu rating kualiti ialah 50, sekarang baru naik 60. sedangkan Toyota dan Honda sudah mencapai 200-300 rate kualiti.
saya percaya, semua rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu ni memang PATRIOTIK. memang sayangkan negara, suka beli barangan buatan tempatan. rakyat beli proton atas dasar sifat patriotik ini, dan inikah balasan proton terhadap rakyat? kualiti yang masih hampeh dan masih tak mencapai tahap yang lebih tinggi?
that's why, say no to proton until they improved.