BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pertembungan JDT-Chelsea di SSI Ogos ini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pertembungan JDT-Chelsea di SSI Ogos ini​

3527010.webp

Aksi Chelsea-JDT pada 11 Ogos depan.

KELAB gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dijadualkan menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea FC dalam satu perlawanan persahabatan pramusim di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 11 Ogos depan.

Perlawanan destinasi kelima dan terakhir bagi siri jelajah pramusim Chelsea sebelum saingan EPL bermula pada 22 Ogos.

Sebelum ke Malaysia, skuad The Blues akan beraksi dalam dua perlawanan di Sydney, serta masing-masing satu aksi di Hong Kong dan Jakarta.

Aksi ini juga melakar sejarah tersendiri apabila Chelsea bakal beraksi buat kali pertama di luar Kuala Lumpur selepas kunjungan terakhir mereka ke negara ini pada tahun 2013.

Sebelum ini, Chelsea pernah menentang skuad kebangsaan dan pilihan Malaysia pada tahun 2003, 2008, 2011 dan 2013.

Tiket dilaporkan akan dijual pada esok dengan harga bermula RM154 sehingga RM1,254.
 
akan kena scam
nanti Chelsea pemain utama berapa kerat je.hahaha
entah2 palmer,enzo, cucureya pun takde
 
Back
Top
Log in Register