soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,243
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,243
- Reaction score
- 4,135
- Points
- 661
Para ulama berpendapat bahawa berzikir selepas sembahyang lima waktu adalah disyariatkan. Tetapi para ulama berbeza pendapat adakah zikir tersebut dilakukan sendiri-sendiri dengan suara perlahan atau bersama dengan imam dengan suara yang kuat.
Imam Hanafi, Imam Malik dan Imam Hanbali mengatakan hendaklah berzikir selepas sembahyang dengan suara yang perlahan kerana berdalil dengan firman Allah swt yang berarti :
Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai." (Surah Al A’raf ayat 205)
Imam Syafie juga suka diperlahankan dengan zikir selepas sembahayang tetapi membolehkan zikir dengan suara kuat oleh imam dengan tujuan mengajarkan para makmum di belakangnya. (Al-Umm juz 1)
Imam Syafie bersandarkan kisah Abdullah bin ‘Abbas ra yang pernah shalat jenazah dengan membaca Fatihah dengan suara kuat padahal solat jenazah itu bacaannya adalah perlahan. Selepas solat para jamaah bertanya kepadanya kenapa dia membaca kuat surah Fatihah dalam solat jenazah? Imam Syafie menjawab: “Supaya kamu semua tahu bahawa membaca fatihah dalam shalat jenazah adalah sunnah Nabi saw.”
Dan riwayat Ibnu Abbas ra berikut ini :
أَنَّ أَبَا مَعْبَدٍ مَوْلَى ابْنِ عَبَّاسٍ أَخْبَرَهُ أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ
أَنَّ رَفْعَ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ حِينَ يَنْصَرِفُ النَّاسُ مِنْ الْمَكْتُوبَةِ كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ كُنْتُ أَعْلَمُ إِذَا انْصَرَفُوا بِذَلِكَ إِذَا سَمِعْتُهُ
Artinya : Sesungguhnya Abu Ma’bad ra pelayan Ibnu Abbas ra menceritakan bahwa Ibnu Abbas ra menceritakan kepadanya tentang meninggikan suara dalam berzikir ketika orang ramai selesai dari sembahyang yang wajib, dan hal itu telah berlaku pada zaman Rasulullah saw dan berkatalah Ibnu Abbas ra : "Aku mengetahui dan mendengarnya (berzikir dengan suara kuat) apabila mereka semua selesai menunaikan sembahyang dan hendak meninggalkan (masjid).” (Sahih Bukhari juz 3)
Imam Ibnu Hajar Al Asqalani pula berkata :
وَفِيهِ دَلِيل عَلَى جَوَاز الْجَهْر بِالذِّكْرِ عَقِب الصَّلَاة
Artinya “Dalam hadith ini terdapat dalil bolehnya berzikir selepas solat dengan suara kuat.” (Fathul Bari juz 3)
Berkata Imam An-Nawawi :
حَمَلَ الشَّافِعِيّ هَذَا الْحَدِيث عَلَى أَنَّهُمْ جَهَرُوا بِهِ وَقْتًا يَسِيرًا لِأَجْلِ تَعْلِيم صِفَة الذِّكْر ، لَا أَنَّهُمْ دَاوَمُوا عَلَى الْجَهْر بِهِ ، وَالْمُخْتَار أَنَّ الْإِمَام وَالْمَأْمُوم يُخْفِيَانِ الذِّكْر إِلَّا إِنْ احْتِيجَ إِلَى التَّعْلِيم .
Artinya : “Imam Asy Syafie memahami hadith ini bahwa mereka menguatkan suara yang dengan itu menjadi waktu yang mudah untuk mempelajari cara berzikir, tidak berarti mereka membiasakan menguatkan suara, dan pendapat yang dipilih adalah bahwa imam dan makmum merendahkan suara dalam zikir, kecuali karena tujuan untuk mengajar.” (Fathul Bari juz 3)
Imam Muslim meriwayatkan bahwa ketika menjelang perang Badar, Umar Al-Khattab ra menceritakan :
لَمَّا كَانَ يَوْمُ بَدْرٍ نَظَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الْمُشْرِكِينَ وَهُمْ أَلْفٌ وَأَصْحَابُهُ ثَلَاثُ مِائَةٍ وَتِسْعَةَ عَشَرَ رَجُلًا فَاسْتَقْبَلَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقِبْلَةَ ثُمَّ مَدَّ يَدَيْهِ فَجَعَلَ يَهْتِفُ بِرَبِّهِ اللَّهُمَّ أَنْجِزْ لِي مَا وَعَدْتَنِي اللَّهُمَّ آتِ مَا وَعَدْتَنِي اللَّهُمَّ إِنْ تُهْلِكْ هَذِهِ الْعِصَابَةَ مِنْ أَهْلِ الْإِسْلَامِ لَا تُعْبَدْ فِي الْأَرْضِ فَمَا زَالَ يَهْتِفُ بِرَبِّهِ مَادًّا يَدَيْهِ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ حَتَّى سَقَطَ رِدَاؤُهُ عَنْ مَنْكِبَيْهِ فَأَتَاهُ أَبُو بَكْرٍ فَأَخَذَ رِدَاءَهُ فَأَلْقَاهُ عَلَى مَنْكِبَيْهِ ثُمَّ الْتَزَمَهُ مِنْ وَرَائِهِ وَقَالَ يَا نَبِيَّ اللَّهِ كَفَاكَ مُنَاشَدَتُكَ رَبَّكَ فَإِنَّهُ سَيُنْجِزُ لَكَ مَا وَعَدَكَ
Artinya : “Ketika hari perang Badar, Rasulullah saw memandang kaum musyrikin yang berjumlah seribu orang, sementara pasukannya 319 laki-laki, maka Nabi menghadap arah kiblat lalu mengangkat tangannya dan bedoa kepada Tuhannya: “Ya Allah penuhilah kepadaku apa-apa yang telah Kau janjikan kepadaku, Ya Allah datangkanlah kepadaku apa-apa yang telah Kau janjikan kepadaku, Ya Allah jika pasukan Islam ini dikalahkan, maka tidak ada lagi orang yang menyembahMu di muka bumi.” Rasulullah terus menerus demikian, mengadap kiblat dan mengangkat kedua tangannya sampai selendang dibahu baginda terjatuh, lalu Abu Bakar ra mendekatinya dan mengambil selendang itu serta meletakkannya kembali di bahu Rasulullah, lalu mengikutinya terus dibelakangnya, lalu Abu Bakar ra berkata: “Wahai Nabi Allah, cukup sudah ucapan doamu kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia akan memenuhi apa-apa yang telah dijanjikanNya kepadamu.” (Sahih Muslim juz 9)
Berkenaan hadith di atas Imam An- Nawawi berkata :
وَفِيهِ : اِسْتِحْبَاب اِسْتِقْبَال الْقِبْلَة فِي الدُّعَاء وَرَفْع الْيَدَيْنِ فِيهِ ، وَأَنَّهُ لَا بَأْس بِرَفْعِ الصَّوْت فِي الدُّعَاء
Artinya “Dalam hadith ini, disunatkan mengadap kiblat ketika berdoa dan mengangkat kedua tangan, dan tidak mengapa menguatkan suara dalam berdoa.” (Syarah Muslim juz 6)
Dan daripada Abdurrahman bin Abza dari bapaya :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُوتِرُ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى وَقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَكَانَ يَقُولُ إِذَا سَلَّمَ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلَاثًا وَيَرْفَعُ صَوْتَهُ بِالثَّالِثَةِ
Artinya “Sesungguhnya Rasulullah saw dalam sembahyang witir membaca Sabbihisma Rabbikal A’la, Qul Yaa Ayyuhal Kafirun, dan Qul Huwallahu Ahad, dan bila selesai memberi salam baginda membaca Subhanal Malikil Quddus tiga kali, dan meninggikan suaranya pada kali yang ketiga.” (Sunan Nasaai juz 6)
Kesimpulan
- Sunat berzikir selepas sembahyang samada sendirian atau berjemaah.
- Sunat berzikir selepas sembahyang dengan suara yang perlahan yaitu hanya mendengar di telinga sendiri sahaja.
- Harus hukumnya berzikir dengan suara kuat selepas sembahyang yaitu sampai didengar suaranya kepada orang dikelilingnya dan jika bertujuan mengajar para jemaah berzikir maka jadilah hukumnya sunat. Adapun berzikir dengan bertempik bukan termasuk yang diharuskan.
- Harus berzikir sendirian sekalipun solat bersama jemaah dan harus pula berzikir bersama-sama dengan imam.
- Jika seseorang berzikir dengan zikir yang lain dari zikir imam hendaklah dia memperlahankan suaranya kerana meraikan imam sebagai empunya majlis.
- Jika ada orang yang masih mengerjakan solat berdekatan dengannya maka hendaklah di perlahankan suara zikir.
Wallahua’lam