BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Persoalan tentang caj lambat bayar pinjaman

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Persoalan tentang caj lambat bayar


KEBANYAKAN institusi pinjaman wang akan mengenakan caj tambahan kepada pelanggan yang gagal membayar ansuran pada tarikh ditetapkan. – Gambar hiasan
Saya ingin bertanyakan satu soalan. Sebagaimana diketahui, mengenakan faedah ke atas pinjaman adalah termasuk dalam perbuatan riba. Bagaimana pula hukum mengenakan caj atau denda ke atas peminjam yang lewat membayar hutangnya? Saya dapati caj lewat bayar terhadap pinjaman ini tetap dikenakan oleh institusi kewangan Islam seperti diamalkan institusi konvensional. Mohon penjelasan Datuk Mufti.

Jawapan: Penalti atau caj pembayaran lewat yang dikenakan untuk memperoleh keuntungan semata-mata dan bersifat gandaan (compounding) adalah termasuk dalam kategori riba.
Ia diharamkan dan tidak boleh diambil atau dimanfaatkan sebagai pendapatan.

Namun, pengenaan caj pembayaran lewat oleh institusi kewangan Islam merupakan tuntutan kos kerugian sebenar (ta’widh) yang dihadapi oleh institusi akibat perbuatan penerima biaya.

Justeru, ia dibenarkan dengan mengikut garis panduan ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

Riba dari sudut bahasa adalah pertambahan dan peningkatan. Dari sudut istilah pula bermaksud, sebarang tambahan dalam item-item tertentu (ribawi) dan tambahan ke atas hutang akibat tempoh.
Ia merangkumi riba yang terhasil daripada jual beli item ribawi dan tambahan ke atas hutang akibat tempoh. Imam al-Nawawi menyatakan bahawa para ulama bersepakat atas pengharaman riba dan ia termasuk dalam dosa besar.

Terdapat pandangan yang mengatakan riba juga diharamkan oleh semua agama.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, mengenakan caj tambahan atas hutang dan pinjaman termasuk dalam kategori riba al-Duyun. Terdapat dua jenis riba al-duyun:
Riba al-Qardh iaitu kadar atau sebarang manfaat tambahan (lebih daripada jumlah pinjaman) yang disyaratkan pemberi pinjaman kepada peminjam di awal kontrak pinjaman.

Caj pembayaran lewat adalah dibenarkan dengan syarat ia merupakan tuntutan kos kerugian sebenar (ta’widh) yang dihadapi oleh institusi atau pembiaya akibat perbuatan penerima biaya.

Lebihan daripada kos ganti rugi tersebut dianggap sebagai gharamah yang perlu disalurkan kepada badan kebajikan dan tidak boleh dikira sebagai pendapatan institusi.

Hal ini berbeza dengan penalti pembayaran lewat yang dikenakan untuk memperoleh keuntungan semata-mata dan bersifat gandaan.

Ini merupakan perbuatan yang zalim dan menindas. Justeru, caj pembayaran lewat jenis ini termasuk dalam kategori riba yang diharamkan.
 
Jawapan: Penalti atau caj pembayaran lewat yang dikenakan untuk memperoleh keuntungan semata-mata dan bersifat gandaan (compounding) adalah termasuk dalam kategori riba.
Ia diharamkan dan tidak boleh diambil atau dimanfaatkan sebagai pendapatan.

Namun, pengenaan caj pembayaran lewat oleh institusi kewangan Islam merupakan tuntutan kos kerugian sebenar (ta’widh) yang dihadapi oleh institusi akibat perbuatan penerima biaya.

Justeru, ia dibenarkan dengan mengikut garis panduan ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.
tang kita boleh...
tang depa tak boleh...
adil ke?
 
Back
Top
Log in Register