TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Kuala Lumpur: Dilema kekurangan parkir peniaga Gerai Muhibah di Lorong Raja Bot semakin dirasai apabila sebuah premis dipercayai hotel bakal beroperasi di situ tanpa kemudahan kawasan parkir sendiri.
Timbalan Persatuan Penjaja dan Peniaga Bumiputera Zaleha Ngah yang ditemui mempersoalkan tindakan pemilik hotel berkenaan yang tidak menyediakan kawasan parkir untuk kemudahan pelanggan apabila mula beroperasi nanti.
“Kawasan ini sudah sempit dan hanya mempunyai ruang jalan raya bagi laluan sehala. Tiada satu kawasan lapang di sini bagi dijadikan kawasan parkir.
“Oleh itu, saya hairan apabila ia (hotel) beroperasi sepenuhnya kelak, di mana kenderaan pekerja dan pelanggan hotel mereka diletakkan memandangkan jalan dalam kawasan premis mereka tiada ruang luas sebaliknya hanya cukup untuk laluan satu kenderaan,” katanya di sini.
Katanya, setakat ini, pemilik hotel berkenaan meletakkan kenderaan di hadapan premis gerai berkunci sehingga menyukarkan peniaga dan penjaja untuk parkir di situ.
“Mereka pernah meletakkan kenderaan di sini lima hingga enam hari. Bagaimana peniaga seperti kami mahu bekerja jika kenderaan mereka diletakkan di sini.
BESI penghadang jalan di hadapan hotel menyebabkan peniaga meletakkan lori di tepi jalan Lorong Raja Bot.
“Kami perlu meletakkan kenderaan di sini untuk menjalankan rutin harian seperti menurunkan barang jualan, tetapi jika mereka meletakkan kenderaan di sini, aktiviti harian kami terjejas.
“Malah, tindakan mereka membina pagar di hadapan premis menyebabkan pemborong sayur kampung terpaksa meletakkan lori di kawasan lain menyebabkan lorong jalan di sini semakin sempit,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah, Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL Datuk Amin Nordin Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, kawasan parkir di hadapan gerai berkunci di Lorong Raja Bot dibuka kepada peniaga, pelanggan serta orang awam.
“Memang kawasan parkir yang ada digunakan peniaga di gerai berkunci kerana memudahkan mereka untuk melakukan urusan dan berniaga di situ.
“Bagaimanapun, orang awam termasuk pelanggan mereka juga boleh meletakkan kenderaan di situ sekiranya terdapat kekosongan parkir.
“Berhubung pembinaan pagar di situ, pemilik premis boleh memasangnya dengan syarat mereka mendapatkan kebenaran pemindahan dan pembinaan struktur melalui Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Persoalpemilikhotel/Article/index_html