BTC USD 81,406.6 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EPL Persie sah milik MU

wokyoh fx

Super Active Member
Messages
7,161
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
image.jpg


MANCHESTER United (MU) akhirnya mengesahkan perpindahan penyerang Arsenal, Robin van Persie dengan bayaran £24 juta (RM117 juta) bagi mengikat kontrak selama empat tahun di Old Trafford musim ini.

Menurut laporan BBC semalam, pemain antarabangsa Belanda itu akan bertemu dengan wakil MU dalam tempoh 48 jam akan datang untuk membincangkan syarat peribadi dan menjalani pemeriksaan perubatan.

Laporan MU mengesahkan, "kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa perjanjian United dan Arsenal telah mencapai persetujuan berhubung perpindahan Van Persie ke Manchester."

"Perjanjian itu tertakluk kepada perubatan dan perjanjian dari segi peribadi. Apa-apa pun, pengumuman selanjutya akan dibuat dalam masa terdekat ini," katanya.

Dalam pada itu, sekiranya ia berjalan dengan lancar, Persie mungkin akan diturunkan ketika MU bertemu Everton pada perlawanan pertama musim Liga Perdana Inggeris baru, Isnin ini.

Pemain antarabangsa Belanda itu telah menjaringkan 44 gol dalam 57 perlawanan untuk kelab dan negara musim lepas, termasuk dua ketika menentang MU.

sumber sinar harian ..

pergh bakal bergandingan dengan mat rooney... hehe

283859_10151176399777853_803904372_n.jpg
 
Last edited:
mantap ... kira ok la umur pak alex beli ... boleh guna untuk 4-5 musim ... lagi mengancam kalo buleh fit macam gigs n scholes ...
 
adeh arsenal takde striker la pulak sian pak Ahsan Wanga
 
Back
Top
Log in Register