BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Persidangan Agung UMNO

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Penangguhan PAU Ada Kaitan Ketegangan Akibat Masalah Dalaman UMNO

06.12.2022 - Kuala Lumpur, Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang sepatutnya diadakan pada 21 hingga 24 Disember depan kini ditangguhkan kepada 11 hingga 14 Januari tahun depan. Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan yang berkata bahawa penangguhan itu dilakukan kerana bertembung dengan cuti persekolahan. Namun, ada yang mengatakan bahawa penangguhan itu ibarat ada agenda politik tersembunyi dalam kalangan pemimpin parti.
1850900.jpeg

Penganalisis politik, Prof Dr Rusdi Omar

"Penganalisis politik, Prof Dr Rusdi Omar berkata, agenda politik tersembunyi akan sentiasa ada dalam mana-mana parti politik. Cuma saya melihat secara besar bahawa apa yang dilakukan oleh Umno sebenarnya adalah untuk menstabilkan politik dalaman mereka. Apa yang kita nampak ada perpecahan dalam Umno dan mereka sedang berusaha untuk menarik semula sokongan rakan-rakan bagi memperkuatkan parti itu," katanya kepada Majoriti.

Menurut Rusdi, tempoh bertenang menerusi penangguhan ini memang patut dilakukan kerana berlaku tsunami dalam kalangan pengundi Melayu. Jelasnya, penangguhan ini bukan sahaja perlu buat Umno, tetapi mana-mana parti lain untuk membuat keputusan besar dan hala tuju parti di masa depan selepas PRU15.

"Lagipun kalau tidak berlaku penangguhan, kemungkinan masalah dalaman parti akan bertambah parah yang akhirnya memberi kesan kepada parti sendiri. Kita kalau boleh tak mahu mana-mana parti berkubur tetapi itu boleh terjadi jika tiada penangguhan," katanya.

Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2022...kaitan-ketegangan-akibat-masalah-dalaman-umno
 
Perhimpunan Agung Umno Di Tangguh Ke Januari

06.12.2022 - Kuala Lumpur, Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 yang dijadualkan pada 21 hingga 24 Dis ini, ditangguhkan ke 11 hingga 14 Jan depan, menurut Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan. Menerusi perkongsian di laman Twitternya, Ahmad berkata penangguhan itu disebabkan tarikh asal PAU 2022 dalam tempoh cuti sekolah.

“Oleh kerana 21 hingga 24 Dis 2022 waktu cuti sekolah dan ramai perwakilan yang ingin bercuti hujung tahun ke merata tempat, maka Perhimpunan Agung Umno adalah ditangguh. Notis PAU 2022 akan dihantar secara rasmi tidak lama lagi,” katanya.

Sebelum ini, Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 24 Nov memutuskan PAU 2022 diadakan pada 21 hingga 24 Dis.​

1670313725214.png
 
Back
Top
Log in Register