BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Persembahan berdarah Lady Gaga

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
LONDON - Penyanyi terkenal, Lady Gaga mungkin sudah keterlaluan dalam menampilkan kelainan pada persembahannya yang diadakan di MEN Arena, Manchester pada Rabu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Kelainan yang dipamerkan penyanyi itu ialah dia muncul di pentas dengan darah di dada dan berlakon seolah-olah dibunuh serta dimakan oleh seorang pembunuh gila beberapa jam selepas kejadian seorang pemandu teksi mengamuk di Cumbria.

Ribuan peminat dan juga ibu-bapa yang membawa anak-anak mereka ke konsert tersebut menyaksikan penyanyi berusia 24 tahun itu yang memakai pakaian kulit ketat diserang oleh seorang lelaki berpakaian serba hitam menggigit Lady Gaga di tengkuk dan darah mula mengalir di dadanya.

Babak tersebut mengingatkan kembali insiden pembunuhan yang dilakukan oleh pemandu teksi, Derrick Bird, 52, yang menembak mati 12 orang dan kemudian membunuh diri sendiri kelmarin.

Seorang ibu yang membawa anak perempuannya yang berumur 14 tahun menyaksikan persembahan Lady Gaga berkata: “Saya amat jelik dengan apa yang saya lihat. Kita mengetahui bahawa persembahan Lady Gaga tidak sesuai untuk tontonan keluarga tetapi dia kali ini melanggar batas.” – Agensi
 
excited sgt...

huhu.....
 
haha.. kali ni mesti takde sape yg berani nak tiru dia
 
Back
Top
Log in Register