BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perselisihan dalaman DAP berterusan

Dzoolhelmi™

Legendary Member
gem
Messages
10,486
Paid Membership
Joined
Dec 8, 2008
Messages
10,486
Reaction score
164
Points
133
tony-pua1-sept6_400_***_100.jpg

Ketegangan di antara pemimpin DAP berterusan apabila kenyataan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau mengenai gerakan ‘Malaysian Dream’ digambarkan sebagai tidak bertanggungjawab oleh ketua publisiti kebangsaannya, Tony Pua (gambar).

Pua berkata gerakan itu adalah sebuah kempen untuk penasihat parti, Lim Kit Siang semasa bertanding di kerusi parlimen Gelang Patah pada pilihanraya umum lalu.

Katanya, tujuan gerakan itu adalah menyatukan rakyat Malaysia terhadap ancaman rasis, ekstemis dan pelampau agama.

Namun, Dr Boo dalam satu sidang media pada Jumaat menjelaskan ‘Malaysian Dream’ tidak mendapat perkenan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP sambil mendedahkan gerakan tersebut mengumpulkan dana menggunakan sumber DAP yang sekaligus menidakkan peranan jawatankuasa dalam parti.

“Saya terkejut dan sangat kesal dengan kenyataan Dr Boo berhubung gerakan tersebut. Apa yang boleh saya katakan, kenyataan Dr Boo tidak bertanggungjawab dan tidak berasas.

“Dr Boo sendiri tahu gerakan ‘Malaysian Dream’ dijalankan untuk kempen pilihanraya Lim yang berdepan lawan jentera besar daripada Umno iaitu bekas Menteri Besar Johor Tan Sri Abdul Ghani Othman.

“Lim telah diserang bertubi-tubi oleh media arus perdana dan pemimpin Umno yang mendakwa beliau cuba memainkan api kebencian kaum Cina untuk membenci orang Melayu. Gerakan ini bertujuan bagi mempertahankan Lim atas segala penipuan dan tuduhan jahat terhadap dirinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gerakan ‘Malaysian Dream’ adalah gesaan Lim untuk memupuk kesedaran politik dan penyatuan di antara pengundi di Johor tanpa mengira kaum.

Ideologi gerakan itu mirip seperti apa yang diperjuangkan oleh pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar pada 1951.

Onn, bapa kepada Perdana Menteri ketiga Tun Hussein dan merupakan datuk kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin pernah mencadangkan Umno dibuka kepada golongan bukan Melayu.

“Bagaimana gerakan yang memupuk keharmonian, menentang rasisme dan ekstremisme, dituduh satu bentuk penyalahgunaan kuasa oleh Dr Boo?” tanya Pua.

“Isu yang diketengahkan Lim semasa kempen pilihanraya lalu telah menjadi kenyataan setelah pemimpin Umno memainkan isu perkauman untuk memenangi undi dalam pemilihan parti.”

Pua berkata ‘Malaysian Dream’ bukanlah satu retorik tetapi telah berjaya mengilhamkan ‘Impian Sarawak’, sebuah kempen yang dilancarkan bagi memupuk rakyat Malaysia menjadi agen perubahan kepada penyatuan di antara Malaysia di sebelah barat dan timur.

“Gerakan ‘Malaysian Dream’ yang dilancarkan di Gelang Patah tidak menggunakan banyak sumber dari DAP namun kempen di Sarawak akan melibatkan penyertaan dari setiap negeri untuk mendapatkan penyertaan sukarelawan, mengumpul dana dan membawa perubahan di kawasan luar bandar,” katanya.

Katanya, pemimpin DAP kini berasa kurang senang dengan pendedahan Dr Boo terhadap gerakan ‘Malaysian Dream’ dalam sebuah sidang media namun tidak pula mengutarakannya dalam mesyuarat CEC sejak Mei lalu.

“Ahli dan penyokong kami sangat kesal apabila ada pemimpin yang menyuarakan perasaan tidak puas hati di khalayak ramai tanpa ada usaha menyelesaikannya secara dalaman.

“Ahli dan penyokong berhak berasa marah terutama selepas menerima tekanan daripada Pendaftar Pertubuhan untuk meruntuhkan parti.

“Apa yang disuarakan Dr Boo tidak dipandang mudah dan semua pemimpin negeri akan dipanggil selepas majlis mengumpul dana di Simpang Renggam malam ini.

“Dr Boo dan Lim akan hadir maka kami berharap sebarang perbezaan dan salah faham tidak ditunjukkan di majlis tersebut,” katanya.

SOS : MI
 
Back
Top
Log in Register