BTC USD 83,509.9 Gold USD 4,114.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Persatuan Carigold...

Apa pendapat anda tentang penubuhan Persatuan Carigold Malaysia


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
Nak mencadangkan ni mmg SENANG:D sbb ikut mulut je. Tapi nak MEREALISASIKAN tu sebenarnya PAYAH. Lepas tu pasal jaga KEBAJIKAN pulak - adakah kalau salah seorang dari kita bengkrap pasal main HYIP orang lain wajib BANTU ke cane ke. Memang la nampak kejam tapi kalau semua orang pun memerlukan bantuan, orang yang membantu tu terlongkop la pastu huhuhu.

Persatuan pun kena BERDAFTAR kan. Apa agenda, apa tujuan, semua-semua. Kena ada mesyurat lagi. Last-last, HAMPAS pun tade.

ajex tersangat setuju pendapat adm zoly di atas..angan2 yg FUTURISTIK tu mmg senang + mudah je..untuk MEREALISASIKANNYA tu la yg agak sukar..sebenarnya ajex rase ni cuma cakap main-main je..untuk seronok2 & memeriahkan thread cg kot..pastu pakat2 beri komen n pendapat.. en den jadi serius pulak..maka muncullah insan2 yang take SERIUS utk merealisasikannya..padaku PENGURUSANNYA amat payah kerana masing2 kita tinggal JAUH..JAWATANKUASANYA macam mana??? meetingnya macam mana??? yurannya macam mana???

semuanya perlu DIFIKIRKAN secara mendalam dan serius..bak kata adm zoly tu: apa AGENDA apa TUJUAN..akupun setuju dengan pendapatnya: LAST-LAST HAMPAS (habuk) pun tadak.. -- tu hanyalah pendapatku semata-mata -- ni bukannya ORTHODOX tetapi TELUS la kekawang !!!:D :D :D :D :D :D :D
 
Last edited:
Sepertimana yg telah dinyatakan di atas tadi, aku rasa tak perlu buat. Tapi aku tidaklah menghalang. Malahan kat vote di atas tu, aku undi "OK". Buat boleh, tak buat pun boleh. Bagaimanapun, objektif, visi dan misi utk mewujudkan persatuan mestilah jelas sekiranya idea ini mahu dilaksanakan. Bagaimana pula dengan organisasi dalam persatuan?

Pilihan Pertama - Ahli Majlis Tertinggi ialah Mod/Admin/Webmaster
- Isu akan terjadi jika tidak banyak perubahan yang berlaku. Tidak banyak idea yang akan tercetus kerana masing-masing pun mengutamakan forum yang dijaga daripada persatuan.

Pilihan Kedua - Ahli Majlis Tertinggi ialah Entiti Bukan Mod/Admin/Webmaster
- Isu akan terjadi jika dasar diamalkan adalah tidak selaras dengan prinsip asas CG.
ch: Mewujudkan HYIP sendiri krn CG never endorse any program and never will.

Dalam persatuan, sekiranya undian adalah majoriti biasanya kehendak majoriti akan diikut. Bagaimanapun, struktur begini boleh dilaksanakan sekiranya Pengurusan CG diberi kuasa veto sebagai kuasa pembatal.

Namun .. sekali lagi akhirnya Pihak Pengurusan CG akan dipersoalkan sekiranya membuat keputusan-keputusan yang kontroversi. Biasalah, bukan senang untuk memuaskan hati semua pihak. Ada saja yang tidak kena.

Persoalan di sini - kalaulah Persatuan Carigold ini hendak dilaksanakan .. siapakah yang mahu dipilih sebagai Pengerusi dan organisasi-organisasi di bawahnya ?

thanks,

according to ur statement, rasanya banyak yang perlu difikirkan sebelum buat keputusan.
u guys ni rasanya banyak pengalaman dalam bab macam ni. so better u side decide la with one is better, rasanya lebih baik.

takde idea from other person ker?
:D
 
Edit By CG Management.
 
Last edited by a moderator:
ehehe.. abis semua ko quote. bagus2... semoga berjaya dapat hak ko semula.
 
Tentang persatuan nih.. aku takut akan berulang kembali sejarah hitam yang terpalit kat CG suatu masa dulu.

Aku takut jadik cam Komuniti DPM di bawah pimpinan Tuan Guru.

Itu jerk yang aku nak elakkan dari berlaku di CG.
 
takyah wat persatuan takpe. tapi buat satu listing bisnes yang dijalankan oleh member2 CG. taruk nama, bisnes apa yang dijalankan, no kontek, alamat dan lain2 yang perlu.. real bisnes punya sahaja. nnti senang skit nak cari barang, disamping dpt membantu ahli2 CG sendiri.

ye ke aku tulis ni..
 
takyah wat persatuan takpe. tapi buat satu listing bisnes yang dijalankan oleh member2 CG. taruk nama, bisnes apa yang dijalankan, no kontek, alamat dan lain2 yang perlu.. real bisnes punya sahaja. nnti senang skit nak cari barang, disamping dpt membantu ahli2 CG sendiri.

ye ke aku tulis ni..

bagus jugak idea tu.. macam boleh pergi jauh je..
 
Assalamualaikum....

Sekadar nak memberi cadangan...

Saya tgk keahlian forum carigold semakin lama semakin bertambah sehari demi sehari..1 peningkatan yang amat memberangsangkan...tahniah kepada semua warga carigold yang telah memeriahkan thread ini...

jadi apa kata di kesempatan ini, kita mewujudkan persatuan carigold...kita boleh membuat kutipan yuran bulanan, n duit ini kita boleh gunakan untuk merapatkn lagi ikatan persaudaraan antara kita...

mungkin dgn adanya kutipan yuran ini, kita boleh memberikan hadiah kepada org2 yang byk berjasa kepada forum ini sebagai penghargaan kita kepada mereka...

@ kita boleh gunakan duit ini kepada sesiapa yang memerlukan dalam keluarga ini...

jikalau apa yang saya katakan tidak dipersetujui, mohon maaf saya ucapkan..yang baik itu datangnya dari Allah, dan yng lemah itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri...

wssalam...

setuju tu setuju tapi mestilah berdaftar dengan pendaftar pertubuhan kalau tak jadi persatuan haram silap-silap masuk tirai besi tak pun isa
 
Back
Top
Log in Register