BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perpecahan PAS-Bersatu kaburi naratif perpaduan Melayu, kata penganalisis

afwan83

Active+ Member
Messages
3,229
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,229
Reaction score
12
Points
25

Perpecahan PAS-Bersatu kaburi naratif perpaduan Melayu, kata penganalisis​

82aeae30-pas-bersatu-logo-bendera-2526.jpg

PAS dan Bersatu sebelum ini menjadi tulang belakang Perikatan Nasional, tetapi penganalisis berpendapat perpecahan mereka melemahkan persepsi terhadap perpaduan politik Melayu.

Hisomuddin Bakar dari Ilham Centre berkata, dua parti itu ketika bekerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) berjaya mengukuhkan sokongan Melayu merentasi hampir semua segmen pengundi dan memecahkan penguasaan Umno-Barisan Nasional (BN).

“Sokongan itu kini berisiko terbahagi antara beberapa parti yang bersaing untuk mendapatkan pangkalan pengundi sama. Ini menjadikan landskap politik Melayu lebih terbuka dan berdaya saing,” katanya kepada FMT.

Dr Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya berkata, perpecahan itu mendalamkan kekeliruan dalam ruang politik Melayu, dengan pelbagai parti bersaing mempromosikan naratif serupa dan menuntut kesahihan.

Jelasnya, semakin sukar untuk mana-mana parti menampilkan diri sebagai suara tunggal orang Melayu kerana PAS, Bersatu, Umno dan Parti Wawasan Negara semuanya bersaing demi segmen undi sama.

“Malah, saya percaya ada orang Melayu yang letih dan malu dengan kecenderungan pemimpin Melayu terus berpecah sesama sendiri.”

PAS dan Bersatu sebelum ini menjadi tulang belakang pembangkang, menggabungkan rangkaian agama dan akar umbi parti Islam itu yang kukuh dengan profil kepimpinan nasional Bersatu.

Dua parti itu menguasai kira-kira 54% pengundi Melayu di Semenanjung Malaysia pada PRU15, dengan PAS melonjak daripada 14 kerusi pada PRU14 kepada 43 kerusi pada PRU15, manakala Bersatu meningkat daripada 13 kepada 31 kerusi sebelum beberapa pemecatan menyebabkan jumlah itu berkurangan.

Kerjasama itu berakhir 8 Jun lalu apabila Presiden PAS, Hadi Awang mengumumkan partinya secara rasmi memutuskan hubungan politik dengan Bersatu.

Perpecahan itu turut menimbulkan persoalan sama ada Umno — yang dilihat sebagai parti Melayu paling stabil — boleh mendapatkan semula sokongan yang hilang.

Kedua-dua penganalisis itu melihat peluang terbuka untuk Umno kerana kestabilan organisasi dan kekuatan akar umbi mendalam, tetapi memberi amaran ia masih berdepan cabaran berpanjangan, khasnya dalam kalangan pengundi muda yang mempersoalkan integritinya.

Hisomuddin berkata, Umno perlu membuktikan kepada pengundi Melayu yang meninggalkan parti itu beramai-ramai pada PRU lalu bahawa ia telah berubah dan mampu memenuhi jangkaan mereka.

“Tumpuan utama mereka ialah memenangi semula pengundi muda dan pengundi Melayu yang menyokong PN sebelum ini.”

Untuk mengembalikan sokongan yang hilang, Tawfik berkata, Umno perlu meyakinkan pengundi bahawa kestabilan politik mengatasi persaingan antara parti Melayu.

Naratif ‘perpaduan Melayu’ di bawah tekanan

Walaupun naratif “perpaduan politik Melayu” masih mempunyai daya tarikan emosi dalam kalangan pengundi Melayu, Hisomuddin dan Tawfik memberi amaran seruan berulang untuk perpaduan di tengah-tengah perpecahan berterusan semakin menghakis kredibiliti mesej itu.

“Pengundi akan mula melihatnya sekadar slogan politik berulang pada setiap kitaran pilihan raya tanpa kesan berkekalan,” kata Hisomuddin.

Tawfik berkata, pengundi kini semakin tertumpu kepada kos sara hidup, pekerjaan, tadbir urus dan integriti, bukannya rayuan berasaskan identiti semata-mata.

“Dalam konteks sekarang, perpaduan Melayu kekal relevan sebagai naratif politik, tetapi keberkesanannya sebagai formula kemenangan tidak lagi semudah sedekad lalu.”
 
Back
Top
Log in Register