BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perompak tebuk dinding bank

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
KLANG - Sebuah bank di Ambang Botanik di sini kerugian RM110,000 dalam rompakan yang dipercayai berlaku awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata perompak terbabit memasuki bank berkenaan dengan menebuk bahagian dinding belakang sebelum menebuk pintu bilik kebal bank terbabit.

Beliau berkata polis menerima aduan daripada pengurus bank yang pergi ke bank berkenaan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi dan mendapati dinding belakang bank berkenaan telah ditebuk.

"Pengurus bank itu memaklumkan, dia ada menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) memaklumkan penggera bank berkenaan berbunyi pada pukul 3.20 pagi tadi namun tidak melakukan pemeriksaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati wang tunai yang dilarikan suspek adalah duit yang disimpan di dalam bilik kebal bank itu, dan jumlah wang yang dilarikan perompak terbabit disahkan oleh dua pekerja bank berkenaan berdasarkan semakan yang dibuat daripada rekod bank itu.

"Pemeriksaan pada kamera kawalan litar tertutup (CCTV) di dalam bank berkenaan mendapati ia telah terpadam pada 19 Julai kira-kira pukul 7.19 malam," katanya.

Mohamad berkata pihak forensik masih melakukan siasatan di tempat kejadian.- Bernama
 
Habis la manager tu..dh dpt sms dari alarm security, tp tak pi cek..menjawab la...
 
CCTV terpadam 19 Julai? macam ada org dalam terlibat je ni...
 
dapat sms alert tak buat apa-apa, naya la, patut cakap henpon mati, tak dapat sms, pagi on hp baru dapat...
 
mesti penjenayah tu merasekan diri beliau seorg tom cruise dlm cite mission imposible.
 
Back
Top
Log in Register