BTC USD 61,874.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Perompak' pasir beraja di Selangor

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SEMENYIH - Aktiviti sindiket curi pasir di ladang kelapa sawit berhampiran Sungai Medang di Sunway Semenyih di sini sekali lagi menggambarkan betapa teruknya aktiviti curi pasir di Selangor.

Ia bukan sahaja memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan penduduk di sekitar kawasan itu malah perompak pasir itu 'menyedut' ratusan juta wang yang sepatutnya diperoleh oleh kerajaan negeri.

Sejak setahun setengah sindiket berkenaan 'menyedut' hasil bumi itu, lompong dan lopak-lopak kelihatan di tengah-tengah ladang kelapa sawit itu jika dilihat dari udara dan keluasannya sudah merebak sehingga 1.6 hektar atau sama besar dengan empat kali padang bola.

Malah, menurut satu sumber industri, jika selama setahun setengah beroperasi dengan kapasiti 10 lori sehari dan setiap setan pasir berharga RM450, kerajaan negeri kerugian RM2.4 juta.

Pada tahun lalu, kerajaan negeri dilaporkan kerugian sebanyak RM100 juta akibat kecurian pasir.
 
pemantauan kurang.. jgn salahkan pencuri pasir tuu
 
sape yang patut bertanggungjawab...ni kawasan jajahan aku ni..
 
pencuri ni dia akan curi apa saja jika ada peluang dan ruang!
 
"Malah, menurut satu sumber industri, jika selama setahun setengah beroperasi dengan kapasiti 10 lori sehari dan setiap setan pasir berharga RM450, kerajaan negeri kerugian RM2.4 juta"

>> betul ker reger setan rm450 atau reger satu lori penuh nih...
:-?:-?:-?:-?:-?
satu lori dah leh bawak berapa tan eh...
#:-S#:-S#:-S
 
"Malah, menurut satu sumber industri, jika selama setahun setengah beroperasi dengan kapasiti 10 lori sehari dan setiap setan pasir berharga RM450, kerajaan negeri kerugian RM2.4 juta"

>> betul ker reger setan rm450 atau reger satu lori penuh nih...
:-?:-?:-?:-?:-?
satu lori dah leh bawak berapa tan eh...
#:-S#:-S#:-S

Rege selori tuh... Kalo kat hardware 1 skop forklift RM65... Kaya gak jual pasir ni ye....
 
Back
Top
Log in Register