BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perompak paling hodoh di Britain

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
du_09.1.jpg

MANCHESTER - Mencari perompak bank, David Holyoak, 33, (gambar) bukan sukar bagi polis Britain kerana suspek dikesan memiliki telinga yang besar, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki dari Whitefield di sini, digelar sebagai Shrek iaitu watak kartun popular yang berwajah hodoh malah wajahnya mudah dicam seorang petugas sebuah bank selepas merompak dengan beberapa suspek lain.

Dia yang dijatuhkan hukuman penjara tiga setengah tahun oleh sebuah mahkamah di Bolton kelmarin, disindir seorang pegawai polis kerana terlalu hodoh untuk melakukan rompakan itu.

"Lelaki ini perlu melihat diri di cermin dan sepatutnya mengetahui dia tidak layak melakukan perbuatan jenayah," katanya yang menggelar Holyoak sebagai Shrek selain juga perompak paling hodoh di Britain.

Suspek ditahan bersama dua lelaki setelah merompak seorang pengawal keselamatan yang menghantar sejumlah wang tunai ke sebuah pejabat pos di Bury.

Kereta yang dinaiki bersama rakan-rakannya untuk merompak itu terlanggar pokok menyebabkan dia melarikan diri ke sebuah taman.

Dia kemudian ditangkap polis semasa bersembunyi bersama dua rakannya di taman itu. - Agensi
 
tengok tinga pun da taw dia ni dwarf...bangsa yg mudah ilang
 
Dah ler kena tangkap, then kena tuduh hodoh pulak hehehhehe
 
apalah punya polis....
tuduh muka org huduh....
ok je aku tgk....
apa nak jadi pencuri nie nak muka hensem2 je ke....
 
apelaa..kene tangkap pastu kene kutuk pulak..
ok la not bad..huhu..
 
xbaik hina org...cam la dia tu ensem sgt....

yg pencuri ni pun satu...perangai tu leklok la sket.......

eeee!​
 
huhu..sian mamat ni....
wajah mnyebabkn dia x lyak jd penjenayah...
 
Back
Top
Log in Register