salam semua...
mana nak tau program affiliate yang masih baru...
boleh tolong bagi tau x wahai warga CG yang budiman...
siapa boleh tolong explain detail mengenai affiliate ni..
berminat juga nak mengetahuinya..
Ada macam-macam cara fadah boleh tahu mengenai program affiliate yang terbaru. Antaranya:
1.
Melawat ke forum-forum yang ada di Malaysia (kalau target nak jual di pasaran tempatan).
Apa yang saya perhatikan, forum-forum yang membincangkan topik perniagaan banyak mempromosikan produk-produk affiliate. Di forum CG ini pun ada mengiklankan produk-produk affiliate. Cuba fadah tengok-tengok di bahagian iklan. Di forum sebegini, hampir setiap bulan ada saja produk terbaru yang dipromosikan.
2.
Menjadi subscriber Internet Marketer (IM) tempatan yang terkenal.
Contohnya, Zamri Nanyan, Smartzul, Labanon, Shuth, dan Ammar Zahar. Fadah boleh pergi ke blog mereka dan mendaftarlah di sana untuk menjadi subscriber (penerima email) mereka. Fadah pasti akan menerima berita-berita terbaru berkenaan pelancaran produk-produk terkini dan terhangat. Selalunya produk yang mereka perkenalkan kepada fadah amat berkualiti dan bermanfaat kepada orang lain. Ini kerana mereka telah mempunyai nama di internet jadi mereka tidak akan memperkenalkan produk-produk yang tidak bagus. Ini kerana ianya hanya akan membuatkan kredibiliti mereka akan jatuh sahaja.
Berkenaan apa itu affiliate pula, affiliate boleh dikatakan sebagai jurujual atau promoter di alam maya/internet. Kita tak perlu nak ada laman web, tak perlu ada produk sendiri, dan tak perlu nak sakit kepala melakukan urusan jual-beli. Semua urusan tersebut akan dilakukan oleh pemilik produk/penganjur program affiliate. Tugas kita hanyalah melakukan promosi untuk mendapatkan komisyen sahaja. Tetapi cara melakukan promosi tersebut mestilah betul dan berkesan. Dalam hal ini, kita mestilah mempunyai ilmu untuk melakukannya.