BTC USD 61,874.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Permintaan tinggi ayam kuning

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


KOTA BHARU - Pasar Cabang Tiga Pengkalan Chepa, di sini cukup terkenal dengan permintaan ‘ayam kuning’ sejak beberapa tahun lalu, kini kian mendapat sambutan dalam kalangan pembeli baru.

Peniaga, Ibby Nur Khair Shafie, 22 berkata, sejak gerai ayam Munshi dibuka sejak enam tahun lalu, dia tidak menafikan pembeli ayam lebih mengenali ayam yang dijual di situ berwarna kuning.

“Warna kuning ini mempunyai rahsia tersendiri kerana ia nampak lebih segar, menarik dan tahan lama.

“Menggunakan kaedah tradisional hasil campuran pewarna kunyit yang dicelup air panas pada ayam menjadikan ia sebagai pilihan pengguna terutama peniaga makanan berasaskan produk ayam,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, kelmarin.

Ibby Nur Khair berkata, ayam kuning tersebut menjadi pilihan kerana ia senang dimasak terutama ketika digoreng, minyak masaknya tidak memercik ke luar.

Menurutnya, kebanyakan pengguna sekarang adalah pembeli baru yang tidak biasa dan pelik melihat ayam berwarna kuning dan permintaan ayam kuning pada bulan Ramadan meningkat sehingga 120 ekor sehari berbanding hari biasa hanya 80 ekor sahaja.

Dia berkata, bagi pengguna tetap, mereka sudah mengetahui rahsia dan khasiat yang ada pada ayam kuning, namun pengguna baru memang teruja membeli ayam berkenaan kerana menganggapnya pelik.

“Ayam ini dijual dengan harga RM6.80 hingga RM7 sekilogram dan pengguna perlu tahu, warna kuning itu hanya pada kulit ayam sahaja, namun isinya tetap berwarna sama dengan ayam segar yang lain,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/permintaan-tinggi-ayam-kuning-1.71320
 
sama aje macam ayam biasa cuma diwarnakan kuning untuk tarik perhatian pembeli.
 
ayam ni sebenarnya adalah FAN CLUN ULTRA HARIMAU MALAYA....selamanya...selamanya...
 
pas mesin dorang celup air kunyeit jer, bkn pape pon. kasik nampak menarik
 
Back
Top
Log in Register