BTC USD 63,768.5 Gold USD 4,478.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Permata Rosmah

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa merujuk permintaan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang mahu peruntukan lebih untuk Program Permata Negara (Permata), dibincang di parlimen.

Ketua Wanita Pusat, Zuraida Kamaruddin berkata, Ini kerana peruntukan sebanyak RM111 juta yang diperuntukkan buat Permata pada Belanjawan 2011 lalu juga telah habis diguna pakai tanpa sebarang laporan rekod kewangan dan perbelanjaan dibentangkan.

“Najib selaku Menteri Kewangan sendiri harus tahu bahawa laporan kewangan dan rekod perbelanjaan ini penting bagi mengawal aliran perbelanjaan negara, sekaligus mengelakkan pembaziran yang melampau dan berterusan,” kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Menurut Zuraida, wang rakyat dan pembayar cukai tidak seharusnya digunakan untuk tujuan publisiti dan peribadi, termasuk pembelian beg tangan dan cincin berlian berharga jutaan ringgit.

Tambahnya, Permata yang turut mendapat peruntukan RM100 juta pada 2010 perlu membentangkan laporan kewangan, data keberhasilan dan indikator pencapaian programnya kepada semua Ahli Parlimen agar kajian penambahbaikkan yang menyeluruh juga dapat dibuat.

“Maka, saya menggesa agar Najib membentang dan mendebatkan perkara ini di sidang Parlimen terlebih dahulu sebelum meluluskan atau membuat sebarang keputusan mengenainya kerana ianya akan melibatkan jutaan ringgit dana awam,” kata Zuraida.

Pada 28 Julai lalu, Bernama melaporkan Rosmah meminta supaya peruntukan untuk Permata ditambah kononnya bagi memperluaskan pembangunan pusat berkenaan di kawasan memerlukan, terutama di luar bandar.

Permintaan itu dilihat tidak sesuai ketika rakyat mennghadapi kesengsaraan akibat kenaikan harga minyak dan harga barang.

Pada Mei lalu, kerajaan memberi alasan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram, bagi menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta, sedangkan Permata memperoleh peruntukan yang hampir sama dengan jumlah subsidi berkenaan untuk tahun ini.
 
dasar penyamun mana tau nak bentangkan duit rakyat
 
subsidi gula RM116 juta je untuk cover RM0.20, tapi kesan dia melampau.
 
lakinya pm senang la nak minta apa2pun.dasar lan.........
 
lingkup wang negara
 
memang mcm haram sirosmah ngan najib nih:(scam:(scam
 
bantah habis2an,peruntukan untuk permata negara konon,nak cover pembelian permata berlian rm 73 juta lah tu...x sudah2 nk prabih duit rakyat,dasar penyamun ...
 
Back
Top
Log in Register