BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Permata ambil anak keluarga berada?

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR: Program Permata Negara terus dipersoalkan bukan sahaja kerana mendapat peruntukan yang besar bahkan program itu didakwa mengambil anak-anak dikalangan keluarga berada.

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin berkata, program Permata adalah program 'short cut' untuk Permata Seni dan kebanyakkannya mengambil kanak-kanak dari kalangan orang kaya.

"Kalau Permata bersungguh-sungguh membantu rakyat patut mengambil anak-anak dari keluarga miskin,"bidas Zuraida ketika mencelah.

Terdahulu Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah ketika membahaskam Bajet 2015 menegaskan program Permata sangat baik dan memberi kesan kepada kanak-kanak dan tidak wajar dipersoalkan.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghafur Salleh ketika mencelah melahirkan rasa kecewa keran program Permata tidak pernah sampai di Sabah.

"Bila kita cerita perihal Permata ini semua orang bagi perhatian sebab permata ni berkilau dan semua orang tengok.

"Kenapa Permata tidak sampai ke Sabah bererti Permata tidak dikaji sepenuhnya, kemana hendak pergi?"soalnya.

Ahli Parlimen Batu Gajah V.Sivakumar meminta Perdana Menteri memberikan butiran terperinci berhubung agihan peruntukan bajet sejumlah RM711juta kepada pendidikan awal kanak-kanak termasuk Permata.

"Setuju kalau kita minta PM untuk berikan butiran berapa peruntukan kepada Kemas,Permata, tadika peraduan?" katanya ketika mencelah.

"Kalau kita telus, tidak ada masalah kalau kita perincikan kerana saya melihatkan program ini sangat baik," tegas Shamsul menjawab kepada Sivakumar. - HARAKAHDAILY
 
pekara ini betul. kat tempat aku, keluarga yang hantar anak ke permata ramai kerja gomen, contoh, siayah kerja gomen pakai wish, si emak staff nurse pakai myvi. so... miskin ker gitu. aku rasa ada 2 orang saje yang betul betul miskin. yang lain semua kaya. aku tahu sebb anak sulung aku masuk permata.

andaikata permata hanya utk orang miskin. nescaya, sunyi permata tu. sebb apa, cuba fikir secara logik, untuk apakah orang miskin hantar anak ke permata sedangkan mereka tidak berkerja. jaga anak sepenuh masa kat rumah lagi baik. Orang kaya hantar sebb tiada masa nak jaga anak, laki bini kerja.
 
orang miskin mana nak hantar anak kat permata ni daripada habiskan duit hantar antar anak kat permata labih baik duit itu digunakan untuk membeli barang makanan dan keperluan rumah. kalau orang miskin yang berkerja pun gaji yang dapat pun tak cukup utk bayar upah jaga anak di permata... dah namanya pun 'PERMATA' tentu ajelah tempat orang2 kaya aje.
 
pekara ini betul. kat tempat aku, keluarga yang hantar anak ke permata ramai kerja gomen, contoh, siayah kerja gomen pakai wish, si emak staff nurse pakai myvi. so... miskin ker gitu. aku rasa ada 2 orang saje yang betul betul miskin. yang lain semua kaya. aku tahu sebb anak sulung aku masuk permata.

andaikata permata hanya utk orang miskin. nescaya, sunyi permata tu. sebb apa, cuba fikir secara logik, untuk apakah orang miskin hantar anak ke permata sedangkan mereka tidak berkerja. jaga anak sepenuh masa kat rumah lagi baik. Orang kaya hantar sebb tiada masa nak jaga anak, laki bini kerja.

Cemana kau boleh apply masuk permata bro
Cer citer skit
 
yuran permata anak kawe rm 230 sebulan.. tahun lepas rm 180 jer. beza sket jer kalo hantar kt tempat pengasuh. permata mengajar anak2 mengikut silibus & mengikut umur anak2. seminggu sekali anak2 akan main pasir pastu mandi2 kt kolam...
 
boleh apply ka..ingatkan terpilih saja dapat..bagoihh laaa
 
permata program menghabiskan duit rakyat
 
yuran permata anak kawe rm 230 sebulan.. tahun lepas rm 180 jer. beza sket jer kalo hantar kt tempat pengasuh. permata mengajar anak2 mengikut silibus & mengikut umur anak2. seminggu sekali anak2 akan main pasir pastu mandi2 kt kolam...

Baik ler hantar anak aku mengaji Quran
 
yuran tu bergantung pada gaji korg sebenarnya...mcm kwn aku dia bayar rm50 je..cuma yg leceh permata ni parents kena terlibat dgn aktiviti permata sebulan sekali..camtu la..
 
Back
Top
Log in Register