BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Permanis turun harga minuman

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Kakitangan Permanis meraikan ulang tahun ke-40 syarikat itu.


PENGELUAR minuman Permanis Sdn Bhd menurunkan harga beberapa minumannya sempena sambutan ulang tahun ke-40 syarikat itu.

Antara minuman diturunkan harga sempena inisiatif 'memberi balik' kepada rakyat Malaysia itu adalah minuman isotonik perisa cola Excel8, Revive Isotonik perisa Asli, Lime Burst dan Apple Zest serta Mirinda perisa Oren, Strawberi dan Frost.

Ketua Pegawai Eksekutif Permanis Erwin Selvarajah berkata, kejayaan dan pertumbuhan syarikat itu adalah kerana sokongan pengguna, pekerja, rakan kongsi dan pemegang saham.

Menurutnya, syarikat itu telah melabur lebih daripada RM1 bilion sejak 40 tahun lalu dan telah mewujudkan ribuan peluang pekerjaan di Malaysia secara langsung dan tidak langsung.

“Sejak Permanis diambil alih oleh Asahi Group Holdings pada 2011, kami telah meningkatkan pelaburan dan menyediakan produk yang berkualiti tinggi kepada pengguna pada nilai terbaik," katanya.

Menurut beliau, pengembangan syarikat itu bukan sahaja merangkumi pengilangan, pengedaran dan operasi, malah turut menumpu kepada meningkatkan rangkaian minuman popular syarikat itu, antaranya Tropicana Twister, Revive Isotonik dan Mountain Dew.

"Semua ini diterima dengan baik oleh pasaran Malaysia, dan terdapat rancangan untuk memperkenalkan minuman dan varian baru bagi memenuhi permintaan pengguna yang sentiasa berubah," katanya.

Selain meraikan pengguna, syarikat itu turut memberi peluang kepada pemilik kedai runcit, kedai kopi dan kantin di seluruh negara untuk memenangi pelbagai hadiah antaranya termasuk kereta Proton Preve dan Perodua Viva.

“Kami berharap untuk memperkukuh hubungan dan memberi ganjaran kepada peruncit dengan menganjurkan lebih banyak program untuk sektor ini,” katanya.

Setelah 40 tahun beroperasi di Malaysia, Erwin berkata, Permanis tidak akan berhenti dalam usahanya untuk mencapai misi menjadi syarikat minuman paling dikagumi di Malaysia.

Permanis kini mempunyai tenaga kerja hampir 1,000 orang dengan kapasiti pengeluaran bersamaan satu bilion tin.
 
bagus la..
harga kangkung pun dah turun..
 
turun atas sebab ulangtahun syarikat, itu yang penting
 
Berjaya punya kn permanis ni? Sebelum dijual pada berjaya antah punya klu x silap..
 
meyambut 40thn punca diabetes haha
 
Keluaran permanis ni murah...byk digunakan untuk mesin air yg letak dekat masjid2..
 
ingat turun selamanya...
 
Berjaya punya kn permanis ni? Sebelum dijual pada berjaya antah punya klu x silap..

Tak silap sebelom nie 30% saham dipegang sorang kenamaan UMNO
Ade kat FB time tu kes boikot permanis
Tibe2 asahi beli permanis
Teros tak dengar kes boikot2 lagi
 
Back
Top
Log in Register