BTC USD 83,682.6 Gold USD 4,129.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Permaisuri Agung: Permaisuri Nefertiti

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
FB_IMG_1612236961005.jpg

​
SIRI PERMAISURI AGUNG: PERMAISURI NEFERTITI

Permaisuri Nefertiti yang bermaksud "kecantikan telah muncul" merupakan Permaisuri Agung, isteri Firaun Amenhotep IV (kemudian bergelar Akhenaten), dan merupakan ibu mertua dan mungkin ibu tiri kepada Firaun Tutankhamun. Permaisuri Nefertiti juga berkemungkinan memerintah kerajaan Mesir dalam waktu singkat dengan nama Ratu Neferneferuaten-Nefertiti (bermaksud, Aten memancarkan sinarnya kerana kecantikan telah muncul) setelah suaminya mangkat dan sebelum bertakhtanya Tutankhamun.

Secara kasar, namanya diterjemahkan menjadi "wanita yang cantik (atau sempurna) telah datang, tiba atau muncul". Sebahagian namanya juga bermaksud manik-manik emas yang terjulur panjang, disebut nefer, yang sering dipakainya. Hingga kini, tiada rekod sahih dijumpai boleh memberitahu siapakah ibu bapa Permaisauri Agung Mesir Purba ini. Para arkeologi mengusulkan bahawa Permaisuri Nefertiti mungkin seorang puteri dari Kerajaan Mitanni.

Permaisuri Nefertiti telah berkahwin dengan Firaun Amenhotep IV dan hasil dari perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan enam cahaya mata perempuan (yang diketahui berdasarkan rekod Mesir purba). Berikut ialah senarai nama anak beliau;

1. Puteri Meritaten

2. Puteri Meketaten

3. Puteri Ankhsenpaaten, juga dikenali sebagai Anks-su-namun

4. Puteri Neferneferuaten Tasherit

5. Puteri Neferneferure

6. Puteri Setepenre

Menurut rekod catatan Mesir purba, Puteri Ankhsenpaten menjadi Permaisuri Agung Mesir purba setelah beliau dikahwinkan dengan adik tirinya sendiri, Firaun Tutankhamun, seorang firaun yang terkenal dengan makam yang dipenuhi emas.

Pada tahun keempat (1346 Sebelum Masihi) pemerintahan Firaun Amenhotep IV, baginda telah memulakan revolusi agama di Mesir di mana hal tersebut telah menaikkan kemarahan pendeta-pendeta di situ. Firaun Amenhotep IV telah memperkenalkan Tuhan Aten, iaitu tuhan matahari sebagai sembahan. Dengan memperkenalkan tuhan matahari ini, Firaun Amenhotep IV telah membuang semua kepercayaan tentang tuhan lain dan menyuruh rakyatnya menyembah satu tuhan sahaja iaitu Aten. Firaun Amenhotep IV juga mengubah namanya daripada Amenhotep kepada Akhenaten untuk menunjukkan ketaatannya kepada tuhan Aten.

Pada tahun ketujuh pemerintahan baginda, Firaun Akhenaten memindahkan pusat pemerintahan Mesir dari Thebes ke Amarna di mana bandar baru Amarna dibina untuk mentaati tuhan baharu mereka. Perkembangan agama baharu ini boleh dikatakan hasil usaha Permaisuri Nefertiti, bukan Firaun Akhenaten seorang. Hal ini membuktikan kuasa Permaisuri Nefertiti yang gah dalam dunia politik Mesir Purba.

Semasa pemerintahan Firaun Akhenaten, Permaisuri Nefertiti dipercayai memegang kuasa yang lebih besar daripada kuasa seorang permaisuri. Kemungkinan besar, kedudukan beliau telah dinaik taraf sehingga sama tarafnya dengan pemerintah. Pemerintahan Mesir purba pada zaman Firaun Akhenaten mungkin ialah pemerintahan bersama antara Firaun Akhenaten dan Permaisuri Nefertiti.

Pada tahun keempat belas pemerintahan Firaun Akhenaten, rekod tentang kehidupan Permaisuri Nefertiti lenyap begitu sahaja. Ada ahli arkeologi membuat teori bahawa Permaisuri Nefertiti mati disebabkan wabak penyakit yang melanda kawasan itu pada ketika itu. Ada juga teori yang mengatakan Permaisuri Nefertiti tidak lagi disukai oleh suaminya kerana rekod sejarah selepas itu menunjukkan bahawa Firaun Akhenaten banyak merujuk kepada isteri kedua beliau – Kia, yang juga ibu kepada FiraunTutankhamun.

Teori yang paling menarik sekali ialah Permaisuri Nefertiti telah dibunuh oleh pendeta Mesir Purba kerana memulakan Revolusi Agama di Amarna. Kepercayaan primitif tentang kematian pada zaman Mesir Purba adalah apabila seseorang itu mati, namanya perlulah disebut supaya beliau boleh memulakan perjalanan pada dalam kehidupan selepas mati. Rekod tentang Permaisuri Nefertiti dihapuskan supaya tiada sesiapa yang akan menyebut namanya. Pendeta itu mahu Permaisuri Nefertiti terseksa pada kehidupan selepas mati.

Selepas kemamgkatan Permaisuri Nefertiti, muncul seorang Firaun yang seakan-akan wanita memerintah Mesir selama dua tahun sebelum anak tiri Permaisuri Nefertiti, Firaun Tutankhamun mengambil alih takhta. Nama beliau ialah Firaun Ankhkheperure Neferneferuaten lalu kemudian beliau mengubah nama kepada Firaun Ankhkheperure Smenkhkare. Firaun ini dipercayai ialah Nefertiti sendiri. Tetapi kepastian tentang fakta ini masih belum lagi dibuktikan.

Permaisuri Firaun Tutankhamun ialah anak kepada Permaisuri Nefertiti dan ia bernama Puteri Ankh-su-namun. Semasa Firaun Tutankhamun dan Ankh-su-namun menaiki takhta, mereka masih lagi dalam umur kanak-kanak. Permaisuri Nefertiti dipercayai memerintah Mesir di belakang pemerintahan pasangan muda ini. Permaisuri Nefertiti dipercayai mati pada tahun ketiga pemerintahan Firaun Tutankhamun. Berikutan kematian ini, Firaun Tutankhamun telah mengubah semula pusat pemerintahan Mesir ke kota Thebes.

#MAMR


 
Back
Top
Log in Register