eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR 11 Sept. – Nasib menyebelahi seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun apabila konsol permainan video kegemarannya tiba-tiba meletup ketika gajet itu sedang dicas di ruang tamu.
Mujurlah dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi Selasa lalu, si kecil yang dikenali sebagai Edric Kok itu sedang nyenyak tidur di dalam biliknya.
Konsol itu dibeli oleh nenek Edric, Mary Teoh, 56, di sebuah pusat beli-belah pada 23 Ogos lalu dengan harga RM149 seunit. Mary membeli dua unit.
Menurut Mary, pada hari kejadian, keluarganya terkejut apabila terdengar satu letupan kuat dan terhidu bau hangit.
“Letupan itu menyebabkan kami sekeluarga kelam-kabut bangun dan bergegas keluar ke ruang tamu untuk melihat apa yang berlaku.
“Selepas diperiksa, kami nampak asap keluar dari alat permainan konsol Edric. Rupa-rupanya, konsol itu yang meletup,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Jabatan Pengaduan Awam MCA di Jalan Ampang di sini hari ini.
Mary memberitahu, dia tidak pasti sama ada konsol buatan China itu adalah barangan tiruan tetapi diyakinkan jurujual bahawa gajet itu mempunyai tempoh jaminan satu bulan.
“Cucu saya sangat suka konsol itu maka saya pun beli untuknya tanpa berfikir panjang. Saya kesal dengan apa yang berlaku, kalau lain kali dapat percuma pun saya tak nak lagi,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Pengaduan Awam dan Perkhidmatan MCA, Datuk Michael Chong menasihatkan ibu bapa agar berwaspada ketika membeli alat permainan elektronik untuk anak masing-masing.
Katanya, gajet elektronik sedemikian tidak sepatutnya dinilai dari segi harga, tetapi yang lebih penting ialah aspek keselamatannya.