BTC USD 83,958.0 Gold USD 4,141.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Permainan video awan Blacknut, hanya RM40/bulan dengan Celcom Max

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661
Permainan video awan Blacknut, hanya RM40/bulan dengan Celcom Max


Konsep permainan video awan (Cloud gaming) membolehkan pengguna bermain pelbagai tajuk permainan video tanpa perlukan peranti berkuasa tinggi. Apa yang penting adalah sambungan internet yang pantas dan kependaman rendah.

Pengguna di Malaysia kini boleh melanggan perkhidmatan Cloud Gaming Blacknut hasil tawaran terbaru Celcom. Ia adalah pelancaran perkhidmatan pertama seumpamanya di Malaysia. Celcom bekerjasama dengan Radian Arc dan Blacknut, untuk menawarkan lebih 400 tajuk permainan premium dari serendah RM40/bulan.



220124-Blacknut-Celcom-Max-02-1024x556.jpg




 
Dengan tawaran Celcom ini, pengguna boleh bermain mana-mana tajuk yang ditawarkan di platform Blacknut, tanpa perlu memuat turun perisian serta tidak perlu memiliki perkakas berkuasa tinggi yang mahal. Perkhidmatan Cloud Gaming Blacknut adalah serasi dengan kebanyakan peranti Android dan iOS serta sesuai untuk komputer PC, Mac, TV pintar Android dan iOS.


220124-Blacknut-Celcom-Max-04-1024x529.jpg

Langganan Cloud Gaming Blacknut hanya RM40/bulan untuk pelanggan Celcom Max. Laman web Blacknut menunjukkan bahawa harga langganan mereka adalah USD15.99 (~RM67), jadi tawaran Celcom ini kelihatan sangat menarik.
 
Untuk pengguna Celcom Max melanggan Blacknut, mereka perlu memuat turun aplikasi Blacknut di Google Playstore atau mendaftar akaun secara percuma di laman web Blacknut. Seterusnya, pilih bayaran dibuat menerusi Celcom Billing. SMS akan dihantar untuk mengesahkan pendaftaran berjaya dan permainan video boleh mula dimainkan di platform Blacknut.


220124-Blacknut-Celcom-Max-03-1024x682.jpg


Sama seperti menggunakan Netflix, Blacknut menyediakan sehingga lima akaun berasingan untuk digunakan sesama keluarga. Setiap akaun boleh ditetapkan kawalan ibubapa bersama PIN, untuk mengelakkan anak-anak bermain tajuk yang tidak sesuai. Permainan boleh dihenti dan disambung semula dari pelbagai peranti, tidak kira telefon pintar, komputer atau TV pintar.
 
Celcom Max adalah perkhidmatan 2-dalam-1, menyediakan penjimatan pelan jalur lebar tetap Celcom Home Fibre bersama pelan mudah alih Celcom Mega, di dalam satu bil. Ia ditawarkan dari serendah RM179 sebulan, penjimatan sebanyak RM21 menggabungkan Celcom Home Fibre100Mbps dan Celcom Mega 80.


220124-Blacknut-Celcom-Max-pelan-1024x706.jpg


Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, layari laman web Celcom Max Blacknut. Lebih banyak info tentang Blacknut boleh didapati di laman web www.blacknut.com.
 
Back
Top
Log in Register