Waalaikumsalam TT,
Amat tidak perlu.Tapi hakikat Injil dalam bahasa Melayu telah bertapak sejak sekian lama di Sabah dan Sarawak dimana ia dibawa oleh mubaligh Kristian ke kawasan2 pendalaman dengan tujuan untuk membawa mesej agama Kristian kepada pihak2 yang menganuti ajaran nenek moyang.
Anda mahu lihat Melayu yang tidak Islam?Sila ke gereja berdekatan Brickfields pada setiap Ahad.Dulu mereka agak malu2 untuk hadir dan kadangkala berselindung dengan pakaian2 seperti hoodies.Tapi kini tidak lagi.Lagi satu gereja di kawasan Kuala Lumpur,menyediakan makan tengah hari sewaktu umat Islam mahu bergegas ke masjid atau surau untuk solat Jumaat.Menu yang disediakan pula amat lazat dan mencabar diri untuk memilih samada solat atau makan.Kumpulan sasaran mereka ialah lelaki Melayu Islam.
Apa pun jua natijahnya,Injil dalam Bahasa Melayu tidak patut dikeluarkan dan diluluskan oleh kerajaan jika benar2 mahu melindungi umat Islam Melayu di abad mutakhir ini.Apa yang ditakuti ialah penggunaan nama Allah dalam terjemahan Injil yang dilihat begitu ketara dan jika tidak berhati2 boleh menyebabkan yang membaca boleh mengiakan apa jua isi didalamnya.
Nauzubillah..moga kita semua dilindungi dan dikuatkan iman.Amin.